10,000 tempat latihan baharu disediakan untuk kaum wanita timba kemahiran keselamatan siber
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kaum wanita kini mempunyai lebih banyak peluang menimba kemahiran keselamatan siber dengan 10,000 tempat latihan baharu akan disediakan untuk mereka.
Selain itu, para jurutera pula akan dapat mengikuti kursus keselamatan siber yang direka khusus buat mereka.
Semua itu sebahagian daripada rancangan CSA untuk melengkapkan para karyawan yang bukan dalam bidang siber, agar mempunyai kemahiran pertahanan siber.
Mendedahkan demikian di satu acara keselamatan siber, Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo menarik perhatian bahawa keselamatan siber memerlukan usaha berpasukan.
Oleh itu kata beliau, penting untuk melibatkan para karyawan bukan dalam bidang siber, termasuk karyawan bidang kewangan atau undang-undang.
Cik Teo menambah wanita semakin menunjukkan minat dalam keselamatan siber.
Maka itu, sekarang adalah masa yang baik untuk membangunkan lebih banyak bakat dalam bidang tersebut.
Oleh kerana permintaan jauh melebihi bekalan, inilah masa yang tepat untuk mengalu-alukan lebih ramai wanita ke dalam kerjaya keselamatan siber. Ia juga sesuai dengan pendekatan kami yang holistik lagi praktikal untuk mengembangkan jumlah bakat secara mampan dalam bidang siber.

Sumber : CNA/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.