Skip to main content

Singapura

10,000 pekerja bakal naik gaji, raih peluang asah kemahiran menerusi geran CTC NTUC

Hampir 10,000 pekerja dari lebih 500 syarikat tempatan akan menikmati kenaikan gaji sekitar lima peratus dan peluang mengembangkan kerjaya mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
10,000 pekerja bakal naik gaji, raih peluang asah kemahiran menerusi geran CTC NTUC

Ketua NTUC, Ng Chee Meng (tengah) berkata latihan dan langkah mereka semula pekerjaan akan memastikan tenaga kerja kekal berdaya saing. (Gambar: Mediacorp)

SINGAPURA: Hampir 10,000 pekerja dari lebih 500 syarikat tempatan akan menikmati kenaikan gaji sekitar lima peratus dan peluang mengembangkan kerjaya mereka.

Ini menerusi program-program latihan yang diketuai syarikat, anjuran pergerakan buruh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), di bawah geran Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC).

Satu daripada 10 inisiatif CTC itu adalah mengenai teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi meningkatkan daya penghasilan.

Ini memandangkan semakin banyak syarikat memanfaatkan AI.

Ketua NTUC, Ng Chee Meng berkata latihan dan langkah mereka semula pekerjaan akan memastikan tenaga kerja kekal berdaya saing dengan munculnya kerja-kerja baharu.

Oleh itu, Encik Ng berharap para pekerja akan menerima teknologi-teknologi baharu.

Mereka diharap bekerjasama dengan NTUC dan majikan untuk meningkatkan kemahiran agar dapat meraih faedah daripada AI.

NTUC juga melancarkan satu rangka kerja bagi membantu syarikat-syarikat menilai kesediaan masing-masing berhubung AI dan dalam melengkapkan para pekerja dengan kemahiran-kemahiran utama.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita