10,000 keluarga berpendapatan rendah terima pek makanan lebih sihat
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: HPB)
SINGAPURA: Lebih daripada 10,000 keluarga berpendapatan rendah menerima pek makanan lebih sihat pada bulan Ramadan ini.
Jumlah tersebut kira-kira 1,000 lebih banyak berbanding 2023.
Ia merupakan sebahagian daripada usaha Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dan Kementerian Kesihatan (MOH), serta lebih daripada 60 rakan kongsi masyarakat.
Ia bertujuan untuk menggalakkan keluarga tersebut untuk menjaga kesejahteraan mereka, termasuk membuat pilihan berkaitan makanan lebih sihat.
"Hari ini merupakan permulaan untuk menunjukkan sebahagian daripada barangan yang boleh mereka pilih ketika membeli belah. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, kami mengadakan sesi perkongsian dan kami juga mempunyai rakan kongsi yang bekerjasama dengan kami, untuk menggalakkan keluarga tersebut untuk menyertai usaha SG Lebih Sihat," kata Setiausaha Parlimen Kanan Kementerian Kesihatan, Rahayu Mahzam.
"Jadi, semua usaha ini akan diteruskan selepas musim perayaan dan saya berharap dengan penglibatan masyarakat, kami dapat memupuk budaya hidup gaya sihat," tambahnya.
Cik Rahayu berada di satu acara di Woodlands pada Sabtu (6 Apr), di mana barangan makanan yang mempunyai Lambang Pilihan Lebih Sihat diagihkan.
Ini termasuk minuman yang mengandungi kandungan lemak tepu dan gula yang lebih rendah.
Selain barangan makanan, peserta juga menerima kad resipi dengan maklumat tentang cara menyediakan makanan lebih sihat.
Pengagihan tersebut bermula pada 10 Mac dan akan diteruskan sehingga Hari Raya Aidilfitri.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.