Skip to main content

Singapura

1,000 penjual tempatan sertai bengkel penstriman langsung untuk kembangkan niaga

Anggaran Waktu Membaca:
 1,000 penjual tempatan sertai bengkel penstriman langsung untuk kembangkan niaga

Ikon aplikasi TikTok terpapar pada skrin telefon bijak, pada 27 Oktober 2025. (Gambar fail: REUTERS/Dado Ruvic)

Diterbitkan : 30 Jul 2026 08:04PM Dikemas Kini : 30 Jul 2026 08:05PM
  • Sekurang-kurangnya 1,000 penjual tempatan di Singapura meningkatkan kemahiran e-dagang mereka melalui TikTok Shop, terutamanya dalam bidang fesyen, makanan dan minuman serta SME.
  • Penjual menggunakan penstriman langsung untuk menambah jualan, dengan peningkatan 80 peratus jumlah penjual tahun ini di platform tersebut.
  • Program baharu TikTok Shop menawarkan latihan asas penstriman langsung dan pembinaan jenama online, mampu menampung lebih 3,000 individu berminat.
  • Pemerintah, melalui Menteri Alvin Tan, menegaskan komitmen untuk melabur dalam kemahiran dan prasarana digital bagi menyokong daya saing pasaran e-dagang Singapura.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Sekurang-kurangnya 1,000 penjual tempatan berusaha meningkatkan jangkauan perniagaan mereka, dengan meningkatkan kemahiran menerusi wadah e-dagang TikTok Shop.

Menurut platform itu, syarikat fesyen, makanan dan minuman serta perusahaan kecil dan sederhana (SME), beralih kepada penstriman langsung untuk menambah jualan mereka.

Platform itu juga mencatatkan sekurang-kurangnya 80 peratus lebih banyak penjual bagi tahun ini.

Program baharu itu mengajar mereka asas-asas menjadi hos penstriman langsung, hinggalah kepada membina jenama mereka secara online.

Program baharu itu boleh menampung lebih 3,000 individu yang berminat dalam kerjaya sebagai penjual menerusi kaedah penstriman langsung atau pencipta kandungan online.

Menurut kajian antarabangsa, pasaran e-dagang Singapura diunjurkan berkembang kepada hampir S$20 bilion menjelang 2030.

Berucap di acara bagi industri itu, Menteri Negara Pembangunan Negara Alvin Tan berkata, pemerintah akan terus melabur dalam kemahiran dan prasarana untuk menyokong pasaran digital.

"Sebagai ekonomi yang terbuka dan menarik, ini bermakna kita mesti sentiasa bergerak.

"Kita mesti dapat mengenal pasti trend. Kita mesti dapat merebut peluang trend tersebut, dan kita mesti melangkah maju di mana perubahan ini berlaku.

"Daya saing Singapura bergantung kepada berapa pantas kita menyesuaikan diri dengan perubahan selera pengguna dan berapa banyak perusahaan kecil dan sederhana - malah juga perusahaan besar - dapat menyesuaikan model niaga mereka," kata Encik Tan.
Sumber : CNA/IQ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita