Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1,000 penduduk dijangka manfaatkan pemeriksaan kesihatan percuma hujung minggu ini

Lebih 1,000 penduduk dijangka hadir di acara pemeriksaan kesihatan tahunan percuma. Jumlah itu 20 peratus lebih tinggi berbanding acara-acara serupa sebelum pandemik.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Aug 2022 09:04PM Dikemas Kini : 20 Aug 2022 11:00PM
SINGAPURA: Lebih 1,000 penduduk dijangka hadir di acara pemeriksaan kesihatan tahunan percuma. Jumlah itu 20 peratus lebih tinggi berbanding acara-acara serupa sebelum pandemik.

Khidmat Kesihatan Awam (PHS) itu menyasarkan golongan berusia atas 40 tahun dan dianjurkan oleh para mahasiswa Persatuan Perubatan Universiti Nasional Singapura (NUS).

Kembali dianjurkan di Jurong selepas dua tahun menghilang, acara selama dua hari itu berlangsung hingga 6.00 petang Ahad (21 Ogos).

14 jenis imbasan perubatan bagi mengesan penyakit seperti kencing manis dan kolesterol tersedia di bawah satu bumbung.

Bagi yang memerlukan temu janji susulan secara percuma, mereka boleh berdaftar dengan poliklinik dan hospital yang turut mengambil bahagian.

Inisiatif para mahasiswa itu memberi tumpuan kepada penyakit barah dan ingin membantu seberapa ramai yang boleh.

Untuk tujuan tersebut, sekitar 1,000 sukarelawan dilibatkan, meningkat hampir seganda berbanding sekitar 600 yang digembleng pada acara-cara lalu.

Pasukan yang terdiri daripada para mahasiswa, doktor dan kakitangan jagaan kesihatan tersebut turut mendidik para penduduk. Mereka boleh mendapatkan maklumat berguna tentang beberapa penyakit yang lumrah di Singapura.

Terdapat juga risalah yang mengandungi petua-petua bermanfaat bagi menjaga kesihatan mereka.

Usaha sebegini selaras dengan inisiatif 'Healthier SG' yang menggalakkan orang ramai untuk menjaga kesihatan mereka sendiri.

"PHS adalah masa yang tepat untuk kita sampaikan pesanan penting tentang kesihatan diri dan tanggungjawab peribadi ke atas gaya hidup dan kesihatan diri sendiri kepada masyarakat umum. Ia memiliki matlamat yang penting dan bermakna, memastikan tiada yang tertinggal" kata Menteri Kemampanan dna Sekitaran Grace Fu.

Untuk menjangkau golongan berbeza, pihak penganjur kini menimbangkan untuk memindahkan PHS ke lokasi-lokasi berlainan tahun hadapan.
Sumber : CNA/IQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan