1,000 pekerja sektor kejuruteraan jitu berpeluang asah kemahiran dalam program baharu ST Engineering
Sekitar 1,000 pekerja dalam sektor kejuruteraan jitu akan berpeluang meningkatkan kemahiran mereka sepanjang dua tahun akan datang di bawah sebuah program baharu yang diterajui ST Engineering.
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sekitar 1,000 pekerja dalam sektor kejuruteraan jitu akan berpeluang meningkatkan kemahiran mereka sepanjang dua tahun akan datang di bawah sebuah program baharu yang diterajui ST Engineering.
Para pekerja akan mempelajari kemahiran penting seperti jaminan mutu, pengurusan produk palsu dan cara memanfaatkan automasi dan kecerdasan buatan (AI).
ST Engineering memeterai perjanjian bersama gerakan buruh NTUC dan SkillsFuture Singapore bagi menyediakan latihan kepada pembekalnya, yang kebanyakannya merupakan syarikat kecil dan sederhana (SME).
Ini dilakukan ketika industri tersebut diramal semakin kembali pulih, ekoran pertumbuhan lebih kukuh daripada jangkaan bagi penjualan semikonduktor.
Syarikat SME boleh memanfaatkan Geran Jawatankuasa Latihan Syarikat NTUC yang membiayai bersama sehingga 70 peratus kos yang layak.
"Kami boleh bantu mereka mengakses pasaran, produk dan huraian baharu.
"Kami boleh tingkatkan kemahiran mereka, dan R&D serta IP kami yang luas, boleh bantu mengembangkan set kemahiran mereka.
"Dari perspektif ST Engineering, mereka akan sediakan untuk kami satu ekosistem rantaian bekalan tempatan yang menjadi semakin kukuh, lebih berdaya tahan, yang tentunya amat relevan hari ini," kata Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, ST Engineering, Cedric Foo.
"Kami harap, kami boleh menimba pengajaran yang sewajarnya menerusi inisiatif ini, meningkatkannya untuk menembusi ruang SME yang lebih sukar demi memperkasa perniagaan dan yang penting, bantu pekerja SME untuk meraih manfaat daripada pelbagai program NTUC," kata Setiausaha Agung NTUC, Ng Chee Meng.

Sumber : CNA/FZ/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.