Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

100 warga emas belajar cara tempah penghantaran makanan online

Hampir seratus warga emas yang tinggal di East Coast mempelajari cara-cara menempah makanan secara online sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Kebangsaan hari ini (21 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Aug 2021 08:53PM Dikemas Kini : 21 Aug 2021 11:03PM

SINGAPURA: Hampir seratus warga emas yang tinggal di East Coast mempelajari cara-cara menempah makanan secara online sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Kebangsaan hari ini (21 Ogos).

Warga emas diberikan latihan secara bertemu muka di bawah program 'Seniors Learn Digital' di East Coast.

Ia dianjurkan para sukarelawan yang ingin mengajar kemahiran digital kepada warga tua dan juga membantu para penjaja yang terjejas oleh pandemik.

"Saya mendapatinya mudah, hanya perlu layari menu dan pilih makanan yang anda suka. Ini sangat berteknologi tinggi, melampaui apa yang saya boleh bayangi. Saya rasa pada masa depan, kami mungkin akan membuat pesanan melalui online," kata sepasang peserta program itu, Anne Ng dan Robert Lim.

"Saya berasa sangat gembira untuk mendapat tahu bahawa saya memberi banyak pengetahuan mengenai dunia digital kepada warga emas ini terutama memandangkan mereka tidak membesar dengannya seperti saya. Saya rasa ia akan amat membantu mereka lebih-lebih lagi semasa COVID-19 sekarang," ujar relawan Heartware, Nashra Ghazali.

Makanan yang ditempah ditaja oleh penyedia khidmat pengesanan kontak, Tracesafe.

Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan