Skip to main content

Singapura

100 remaja, wanita sertai kem latihan; timba pengalaman jadi askar

Lebih 100 remaja perempuan dan wanita berpeluang merasakan pengalaman menjadi seorang askar di kem latihan intensif pertama yang dianjurkan untuk mereka pada hujung minggu ini.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Sep 2018 08:32PM Dikemas Kini : 02 Sep 2018 09:32PM

SINGAPURA: Lebih 100 remaja perempuan dan wanita berpeluang merasakan pengalaman menjadi seorang askar di kem latihan intensif pertama yang dianjurkan untuk mereka pada hujung minggu ini.

Ia bertujuan memberi mereka pendedahan kepada Perkhidmatan Negara (NS) agar kaum wanita dapat memberi lebih sokongan kepada askar-askar kerahan.

Ada yang dapat memanjat dengan mudah tetapi ada juga yang terjatuh. Selama dua hari, mereka merasakan kehidupan sebagai seorang askar.

Pengalaman yang dilalui itu merupakan versi singkat berbanding apa yang dilalui oleh anggota Perkhidmatan Negara.

Salah seorang peserta, Athi Ramesh Athirah, baru berusia 13 tahun. Beliau berkata: "Saya ingin menjadi seorang askar pada masa hadapan. Saya tidak mahu bekerja di pejabat."

Memandangkan banyak rintangan fizikal yang perlu ditempuhi, aspek keselamatan menjadi keprihatinan utama mereka.

"Menerusi pengalaman ini, mereka tahu ada langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi. Perkara itu telah berulang kali ditekankan kepada remaja lelaki bahawa mereka mesti mematuhinya," kata Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Wanita Ang Mo Kio, Joanna Portilla.

Antara langkah keselamatan yang perlu dipatuhi adalah melakukan pemanasan badan, minum air secukupnya, memberitahu keadaan kesihatan mereka yang sebenarnya dan yang paling penting sekali mendapat sokongan daripada rakan seperjuangan. 

Sumber : CNA/UR/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita