100 penduduk jadi jurupandu jejak warisan sejarah Sembawang
Meneroka khazanah sejarah Sembawang sebagai sebuah pangkalan tentera laut, menerusi kaca mata penduduknya.
SINGAPURA: Meneroka khazanah sejarah Sembawang sebagai sebuah pangkalan tentera laut, menerusi kaca mata penduduknya.
Kira-kira 100 daripada mereka tampil menjadi jurupandu sukarela jejak warisan daerah itu.
Siang tadi (26 Sep), kumpulan pertama lebih 100 orang menyertai lawatan menyusuri jejak warisan terbaru Singapura ini.
Dianjurkan kelab-kelab masyarakat di Sembawang, lawatan jejak warisan itu diadakan satu atau dua kali sebulan.
Para peserta dapat mendengar kisah-kisah tentang perubahan-perubahan di Sembawang selama ini.
Misalnya, sebuah rumah banglo di tepi laut dahulunya merupakan tempat tinggal anggota tentera Britain, namun ia kini menjadi restoran makanan laut.
Sebuah jeti di sana pula dahulunya tempat kapal-kapal perang belayar masuk menerusi Selat Johor, sebelum berlabuh di tempat yang kini menjadi Limbungan Kapal Sembawang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.