100 pelajar ikuti edisi ke-3 program mentor PEER Mendaki Muda
Peserta Program PEER di Woodlands
Program itu diadakan dengan kerjasama M³@Tampines dan Woodlands.
Sepanjang enam bulan, para relawan bersama dengan menti mereka itu akan melakukan pelbagai kegiatan yang diadakan sekali setiap dua minggu.
Ia diaturkan khas untuk memupuk nilai-nilai penting dalam pembangunan belia termasuk; Keyakinan, Kecekapan, Masyarakat, Sikap dan Hubungan.
“Terdapat banyak keputusan di hadapan yang anda perlu buat. Pada masa ini, anda mungkin tidak tahu ke mana anda mahu tuju dan apa yang anda mahu lakukan, dan itu tidak mengapa.
"Mentor anda berada di sini untuk membantu anda menjadikan proses itu lebih mudah untuk anda. Dengan pengalaman dan kisah mereka menempuh jalan yang sama tidak lama dahulu, mereka boleh membimbing dan menyokong bagaimana anda boleh maju dan memanfaatkan potensi anda,” pesan beliau menerusi satu rakaman video.
“Membantu anak muda kita mencapai matlamat mereka telah menjadi tugas yang paling penting untuk masyarakat kita. Saya juga gembira melihat mentor kembali untuk membimbing kumpulan peserta yang baru," kata beliau.
Model kerjasama M³@ Tampines dan Woodlands yang unik membolehkan YMC membina sebuah masyarakat pembimbing yang lebih khusus kepada kawasan tersendiri, memanfaatkan sumber yang lebih luas untuk menyokong pelaksanaan dan meningkatkan pengalaman keseluruhan untuk mentor dan menti yang mengambil bahagian.
Untuk edisi terbaru ini, penganjur PEER juga telah menggunakan pendekatan baru untuk menjalankan program yang lebih berkesan untuk peserta.
Sebagai contoh, penekanan diberikan untuk memacu perkongsian terutamanya dengan sekolah-sekolah di Tampines dan Woodlands, kumpulan ibu bapa serta pertubuhan yang memberi tumpuan kepada segmen masyarakat yang kurang mendapat perhatian untuk meluaskan jangkauan program tersebut.
Kaedah data dan digital turut digunakan dalam merancang dan melaksanakan program PEER.
"Kami sangat bersyukur dengan jumlah relawan yang menyertai program tahun ini dan menjayakan edisi ketiga PEER buat para menti kami. Kami juga berterima kasih kepada jumlah pertubuhan yang mengambil bahagian seperti sekolah menengah, madrasah dan pusat khidmat keluarga yang membantu dalam usaha pelancaran program ini hari ini. Dengan bantuan mereka, kami dapat meluaskan program ini kepada lebih ramai belia dalam masyarakat," kata Pengerusi Program bimbingan Masyarakat PEER, Danial Hakim.
Antara relawan yang pertama kali menjadi pembimbing tahun ini adalah Istilah Yanti.
Beliau yang menerima sokongan daripada MENDAKI semasa pendidikannya ingin menyumbang semula kepada masyarakat.
Pembimbing sepertinya harus menjalani latihan secara kerap untuk memastikan mereka dilengkapi dengan kemahiran yang sesuai untuk menjalankan tugasnya dengan baik.
Program PEER ini akan berlangsung sehingga Ogos 2023
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.