Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

100 pekerja dijangka raih manfaat program baru sektor teknologi pertanian

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jan 2022 09:25PM Dikemas Kini : 14 Jan 2022 09:27PM

SINGAPURA: Sehingga 100 pekerja boleh memanfaatkan program pertukaran kerjaya yang baru untuk sektor teknologi pertanian.

Sektor teknologi pertanian sekarang menggajikan sekitar 2,000 pekerja dengan kira-kira 4,700 pekerjaan baru akan ditambahkan menjelang tahun 2030.

70% pekerjaan tersebut dijangka diisi para pekerja berkemahiran dan golongan PMET (Profesional, Pengurus, Eksekutif dan Teknisyen).

Program baru itu akan menyediakan latihan di dalam bilik darjah dan latihan bekerja sambil belajar bagi jawatan-jawatan seperti pengendali ladang dan saintis tanam-tanaman.

Pekerjaan-pekerjaan tersebut menawarkan gaji minimum bulanan $2,000.

Sejauh ini 15 syarikat sudah melahirkan minat untuk mengambil para pekerja baru.

Ini sejajar dengan matlamat Singapura untuk menghasilkan sasaran 30% keperluan berkhasiat tempatan menjelang 2030.

Program pertukaran kerjaya yang baru menambah lebih 100 kursus yang sudah digunakan di 30 sektor tempatan.

Namun membuat penukaran kerjaya dalam lingkungan usia antara 40an hingga 50an tahun ada cabarannya.

Ini lebih-lebih lagi jika mereka tidak mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut.

Mujur, jurang kemahiran dapat dirapatkan menerusi program-program latihan.

Malah, kemahiran teknikal dan komunikasi yang dikuasai dalam pekerjaan sebelumnya di industri-industri lain dapat diamalkan.

Syarikat pertanian tempatan, Sustenir Agriculture, misalnya sedang menggajikan lapan pekerja pertengahan kerjaya di bawah program baru itu.

Semasa lawatan Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng ke Sustenir Agriculture, beliau berkata, "lebih ramai orang boleh menyertai program tersebut jika ada permintaan".

"Sasaran sehingga 100 individu itu membolehkan kami untuk mengendalikan program ini dalam cara yang sangat teratur dan berkesan dari segi operasi. Kami tidak akan teragak-agak untuk meningkatkan dan memperuntukkan lebih banyak sumber sekiranya terdapat permintaan memberangsangkan bagi program tersebut," dedah Dr Tan.

Secara berasingan, Dr Tan juga menjawab pertanyaan mengenai sama ada gaji lebih tinggi akan menjejas harga makanan.

Beliau membalas soalan itu dan berkata, "Saya tidak berpendapat bahawa kenaikan pada gaji akan menjejas inflasi dari segi harga makanan dengan begitu ketara. Saya lebih prihatin terhadap perkara lain seperti bil api air."

Sumber : CNA/AI/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa