Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

100 pekerja barisan hadapan akan sertai kontinjen kenderaan NDP

 Buat pertama kalinya, 100 pekerja barisan hadapan akan mengikuti kontinjen kenderaan melalui kawasan-kawasan estet perumahan semasa NDP. 

Anggaran Waktu Membaca:
100 pekerja barisan hadapan akan sertai kontinjen kenderaan NDP

(Gambar: MCI)

Diterbitkan : 29 Jul 2020 10:08PM Dikemas Kini : 29 Jul 2020 10:09PM

SINGAPURA: Buat pertama kalinya, 100 pekerja barisan hadapan akan mengikuti kontinjen kenderaan melalui kawasan-kawasan estet perumahan semasa NDP.

Ini adalah sebagai penghargaan kepada usaha mereka memerangi pandemik COVID-19.

Presiden Halimah Yacob melahirkan penghargaan beliau terhadap para pekerja ini termasuk kakitangan jagaan kesihatan dan khidmat sosial apabila beliau melawat Kem Kranji.

Kontinjen kenderaan yang merangkumi aset-aset dari SAF serta pasukan Home Team akan melintasi lima laluan pada 9 Ogos nanti.

Tahun lalu pada 10 Ogos, kontinjen kenderaan juga melintasi lima laluan di kawasan-kawasan kejiranan.

"Satu aspek tahun ini, perayaan Hari Kebangsaan kita ialah bila kita memberikan keprihatinan kepada mereka yang bekerja sebagai petugas barisan hadapan dan mereka diberikan penghargaan. Itu amatlah penting kerana usaha mereka membantu kita membasmi pandemik COVID-19 adalah penting dan pengiktirafan ini amatlah penting," kata Presiden Halimah Yacob. 

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan