Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

100 orang dipindahkan setelah kebakaran tercetus di Woodlands

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Dec 2022 09:19PM Dikemas Kini : 19 Dec 2022 10:50PM

SINGAPURA: Sekitar 100 penduduk dipindahkan selepas kebakaran tercetus di sebuah unit di Woodlands Street 81 pada pagi Isnin (19 Dis). 

Tiga orang dikejarkan ke Hospital Khoo Teck Phuat kerana terhidu asap. 

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan siasatan awal menunjukkan kebakaran itu berpunca daripada alat Mobiliti Aktif (PMA) yang dicas di sebuah flat sewa satu bilik. 

"Saya rasa masyarakat benar-benar menghulurkan bantuan. Kami sudah menerima bantuan setakat ini dan akan menggunakannya bagi keperluan mendesak, seperti peralatan, perabot bagi flat baru. 

"Terdapat juga agihan makanan dan bantuan jangka lebih panjang. Kami akan terus menyokong menerusi bantuan kewangan dan apa saja yang diperlukan untuk membantu mereka," kata AP GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar. 

Tambah Cik Mariam, keluarga tersebut sudah dipindahkan ke sebuah flat berdekatan, sementara Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) membaik pulih flat tersebut. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan