100 murid tadika diberi beg sekolah percuma di bawah inisiatif 'Bag-to-School'
Para penduduk di kawasan undi Ang Mo Kio berkumpul untuk menggalak kanak-kanak pergi ke sekolah semasa Hari Ci Yuan yang ketiga, acara tahunan terbesar kawasan undi itu.
SINGAPURA: Para penduduk di kawasan undi Ang Mo Kio berkumpul untuk menggalak kanak-kanak pergi ke sekolah semasa Hari Ci Yuan yang ketiga, acara tahunan terbesar kawasan undi itu.
Di bawah inisiatif "Bag-to-School", kira-kira 100 kanak-kanak tadika dari kawasan undi Ang Mo Kio-Hougang menerima beg sekolah yang ditaja oleh para penduduk.
Beg-beg itu mengandungi keperluan sekolah seperti alat tulis, kasut dan stokin.
Sejajar dengan tema tahun ini, "Anak-Anak Kita, Masa Depan Kita", Kelab Masyarakat Ci Yuan juga diubah menjadi 'dunia kanak-kanak' di mana mereka boleh belajar dan bermain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.