Skip to main content

Singapura

100 majikan diiktiraf sediakan peluang pekerjaan kepada golongan berkeperluan khas

Sebanyak 100 syarikat dan individu menerima Anugerah Enabling Mark, yang mengiktiraf amalan dan komitmen cemerlang mereka dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan berkeperluan khas.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Aug 2021 10:30PM Dikemas Kini : 27 Aug 2021 10:33PM

SINGAPURA: Sebanyak 100 syarikat dan individu menerima Anugerah Enabling Mark, yang mengiktiraf amalan dan komitmen cemerlang mereka dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan berkeperluan khas.

Lapan puluh lapan pertubuhan turut diiktiraf dengan Tanda Enabling hari ini (27 Ogos).

Ini merupakan kali pertama pengiktirafan peringkat kebangsaan itu diberikan kepada para majikan yang bersikap inklusif terhadap pekerja kurang upaya (PwD).

Para penerima terdiri daripada sektor awam dan privet termasuk syarikat berbilang negara (MNC) serta perusahaan kecil dan sederhana (SME).

Anugerah Enabling Mark disampaikan oleh Presiden Halimah Yacob dalam satu majlis anjuran SG Enable di Istana petang tadi.

"Saya adakan perbualan yang bermakna dengan para penerima anugerah dan mereka berkongsi dengan saya sumbangan mereka serta pengalaman dalam mewujudkan penyepaduan bagi kakitangan kurang upaya di tempat kerja," tulis Puan Halimah di Facebook.

"Syabas kepada semua penerima anugerah! Saya yakin anda akan terus merintis jalan dan membuka laluan baru dalam usaha mewujdukan sifat inklusif bagi golongan kurang upaya. Ayuh kita bersama membina masyarakat lebih inklusif dan mengupaya lebih banyak kehidupan."

Sumber : CNA/AY/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita