Skip to main content

Singapura

100 kapten bas akan dilatih cara kendalikan bas autonomi

Sedang negara ini bergerak ke penggunaan bas autonomi, para pemandu bas sedang dilatih untuk menghadapi perubahan pada masa depan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Oct 2019 08:43PM Dikemas Kini : 24 Oct 2019 11:21PM

SINGAPURA: Sedang negara ini bergerak ke penggunaan bas autonomi, para pemandu bas sedang dilatih untuk menghadapi perubahan pada masa depan.

Seramai 100 kapten bas akan menjalani latihan dalam masa beberapa tahun akan datang sebagai persediaan untuk penggunaan bas-bas tanpa pemandu atau AV di Punggol, Tengah dan Daerah Inovasi Jurong.

Para pengendali pengangkutan awam, pakar-pakar latihan, kesatuan sekerja dan LTA menandatangani MOU hari ini (24 Okt) bagi mengenal pasti jenis latihan serta peranan yang boleh dimainkan oleh kapten-kapten bas apabila bas AV mula digunakan di Singapura.

Satu peranan yang boleh dipertimbangkan adalah sebagai pengendali keselamatan yang dilatih untuk mengambil alih kawalan bas-bas seumpama itu dengan segera apabila perlu.

Pengendali keselamatan tersebut juga dilatih untuk memantau, dengan kawalan jauh, operasi bas AV bagi memastikan keselamatan awam.  

Sumber : CNA/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita