Skip to main content

Singapura

100 kakitangan SilkAir terjejas oleh pemindahan laluan; akan tawarkan pekerjaan lain

Seramai 100 kakitangan SilkAir akan terjejas apabila penerbangan itu menghentikan operasi di beberapa bandar sebagai sebahagian daripada kesan gabungannya dengan Singapore Airlines (SIA), menurut SIA pada Isnin (26 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
100 kakitangan SilkAir terjejas oleh pemindahan laluan; akan tawarkan pekerjaan lain

(Gambar fail: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 26 Nov 2018 04:22PM Dikemas Kini : 26 Nov 2018 04:23PM

SINGAPURA: Seramai 100 kakitangan SilkAir akan terjejas apabila penerbangan itu menghentikan operasi di beberapa bandar sebagai sebahagian daripada kesan gabungannya dengan Singapore Airlines (SIA), menurut SIA pada Isnin (26 Nov).

Ini menyusuli pengumuman minggu lalu bahawa SilkAir akan memindahkan perkhidmatannya bagi 17 destinasi kepada penerbangan tambang murah Scoot menjelang gabungan itu.

CEO Singapore Airlines Encik Goh Choon Phong pernah berkata di taklimat kewangan syarikat itu pada Mei, bahawa gabungan itu bukan "langkah penggabungan", dan tiada pekerja menjadi "tidak diperlukan".

"Oleh kerana penyepaduan SilkAir dengan SIA adalah program berbilang tahun, para kakitangan SilkAir akan dipindahkan ke SIA secara bertahap-tahap untuk menyokong operasi serantau SIA yang lebih besar," menurut seorang jurucakap Singapore Airlines bagi membalas soalan-soalan Mediacorp.

"Disebabkan oleh pemindahan laluan itu, operasi SilkAir di beberapa bandar akan dihentikan."

SilkAir juga akan bekerjasama dengan para kakitangan yang terjejas untuk "peluang-peluang pekerjaan di stesen-stesen SIA yang lain" dan juga bekerjasama dengan Scoot, ejen-ejen penjualan am dan ejen-ejen pengendali di lapangan terbang berhubung peluang-peluang pekerjaan yang boleh ditawarkan kepada mereka, menurut jurucakap itu lagi.

Pada keseluruhannya, terdapat 100 kakitangan di seluruh stesen-stesen yang terjejas, menurut SIA. Perubahan laluan dijangka akan berlaku antara April 2019 dengan separuh kedua 2020.

Sumber : CNA/NA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita