100 hari pertama CEO Mendaki: Feroz Akber tekankan kepimpinan 3P, komited perkukuh sokongan masyarakat Melayu/Islam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dalam tempoh 100 hari pertama menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MENDAKI, Feroz Akber tidak melihat peranannya sekadar satu jawatan pengurusan.
Sebaliknya, beliau mentakrifkan kepimpinan sebagai satu amanah berterusan yang memerlukan ketabahan, keprihatinan dan kesediaan untuk mendengar dan mendapatkan maklum balas dari pelbagai pihak.
Demikian dikongsikan dalam satu wawancara bersama pihak media.
"Apa saya dapat belajar adalah, dalam menjadi seorang CEO, perlu harus banyak ada ketabahan, mendengar dengan teliti keprihatinan masyarakat, kakitangan yang baru dan lama dan juga mendapatkan maklum balas bila menjalankan tugas, kata Encik Feroz.
Beliau turut berkongsi bahawa rata-rata pengalamannya sejauh ini positif.
"Saya amat terharu dengan maklum balas yang diterima bahawa mereka tidak boleh nantikan pelan kerja 5 tahun MENDAKI yang akan datang.
"Ini petanda untuk pasukan saya yang apa yang kita buat selama ini adalah dalam hala tuju yang betul,
dan kita harus meningkatkan lagi mutu kualiti kerja yang kita membentangkan untuk masyarakat," kongsi Encik Feroz.
KEPIMPINAN BERTERASKAN 3P - MATLAMAT, PROFESIONALISME, INDIVIDU
Pengalaman lebih dua dekad dalam Angkatan Tentera Singapura membentuk pendekatan kepimpinan Encik Feroz yang berteraskan prinsip 3P.
“Apa yang selalu saya menggunakan di tentera iaitu kepimpinan yang berdasarkan nilai teras yang saya namakan 3P, pertama adalah 'Purpose', 'Professionalism' dan akhir sekali adalah 'People'," kata Encik Feroz.
Menurut beliau, 'purpose' atau matlamat yang jelas menjadi asas kepada setiap keputusan dan inisiatif yang dijalankan MENDAKI.
Profesionalisme pula ditakrifkan bukan sekadar kecekapan kerja, tetapi tanggungjawab moral terhadap masyarakat.
"Masyarakat ada harapan yang besar dan ia seperti satu amanah. Jadi penting bagi semua di MENDAKI termasuk saya sendiri menjalankan tugas ini dengan penuh tanggungjawab, penuh amanah dengan paling sempurna sekali," kata Encik Feroz.
Elemen ketiga dan paling utama dalam kepimpinan beliau adalah ‘People’, iaitu masyarakat dan kakitangan MENDAKI sendiri.
"Nilai ini kebanyakannya dilahirkan pada masa saya di di Angkatan Tentera Singapura. Bak kata di SAF, 'We take care of the people, they will take care of the mission'. Jadi kalau kita jaga orang bawahan
dengan sempurna, misi tu akan dilaksanakan juga dengan sempurna," kongsi Encik Feroz.
Beliau percaya bahawa kepimpinan yang prihatin akan membentuk pasukan yang lebih bersemangat dan berkesan.
Pendekatan ini, katanya, memberi kesan langsung kepada mutu kerja dan keberkesanan pertubuhan.
KEPIMPINAN YANG DINAMIK DAN PROGRESIF DAN DUNIA YANG BERUBAH-UBAH
Beliau akur bahawa tanggungjawab baharunya itu memerlukan penyesuaian diri dengan cabaran komunikasi yang lebih kompleks.
"Kalau dahulu di tentera agak senang juga. Kini ada kaum wanita, kaum lelaki, ada pekerja yang bekerja dari rumah, ada mesyuarat besar, ada yang ingin minta pulang awal kerana ada isu keluarga ataupun sebagainya," kongsi Encik Feroz.
Selain itu, beliau harus mengasah kemahiran untuk berfikir secara kritis.
"Isu-isu di MENDAKI berkaitan masyarakat. Jadi masyarakat ada harapan, jadi setiap isu harus difikirkan dengan betul dengan sempurna supaya masyarakat dapat manfaat daripada apa yang kita lakukan di MENDAKI," kata Encik Feroz.
Dalam menterjemahkan prinsip 3P ke dalam kepimpinan harian di MENDAKI, Encik Feroz menegaskan bahawa setiap usaha harus bermula dengan matlamat jelas yang selaras dengan misi pertubuhan.
"Saya sering kali ingatkan kepada kakitangan MENDAKI, sebelum memulakan apa-apa kerja, mesti jelas apakah itu matlamatnya. Kalau matlamat itu tidak sejajar dengan misi MENDAKI, maka kita harus mengimbas semula," kongsi Encik Feroz.
Sebagai sebahagian daripada pendekatan kepimpinan berteraskan ‘People’, Encik Feroz berkata peraturan pertamanya sebagai CEO ialah untuk bertemu dan mengenali setiap kakitangan MENDAKI secara peribadi.
Beliau percaya keprihatinan terhadap kebajikan kakitangan penting agar mereka berasa disokong dan dihargai, sekali gus mewujudkan suasana kerja yang positif.
MAKLUM BALAS PELAN KERJA LIMA TAHUN MENDAKI
Yayasan MENDAKI melancarkan Pelan Kerja Lima Tahun pada 15 Januari lalu.

Dalam wawancara itu, Encik Feroz sempat berkongsi mengapa cogan kata 'Sentiasa Bersamamu' dipilih.
"Kami mahukan sesuatu cogan yang boleh menghubungkan dengan semua lapisan masyarakat. Ia mencerminkan komitmen MENDAKI sentiasa di sisi lapisan masyarakat.
"Kedua adalah untuk melambangkan bahawa pelan- pelan yang MENDAKI jalankan dan uruskan adalah berterusan," kongsi Encik Feroz.
Beliau turut berkongsi maklum balas yang positif daripada pelbagai pihak.
"Kebanyakannya mengatakan bahawa ia 'refreshing'. Ada mengatakan ia adalah pelan yang progresif, pelan yang melihat ke hadapan, pelan yang memikirkan semua lapisan masyarakat. Ada juga mengatakan pelan yang mengambil berat tentang hal ehwal masyarakat dalam pendidikan, pekerjaan dan juga dalam segi keluarga. Jadi kami pun agak terharu dengan maklum balas ini," kata Encik Feroz,
Namun pasukannya tidak sahaja mengambil ringan maklum balas ini malah melihat apa yang boleh diperbaiki supaya program yang dilakarkan MENDAKI dapat dijalankan dengan lancar dan memberi manfaat kepada masyarakat.
PROGRAM RSL DIBANGUNKAN HASIL DARI MAKLUM BALAS IBU BAPA
Dalam pada itu, Encik Feroz turut berkongsi bahawa program ReadySetLearn (RSL) dirangka dengan mengambil kira maklum balas dan keperluan yang disuarakan oleh para ibu bapa, khususnya berhubung jerayawara RSL.
"Selalunya MENDAKI menggunakan data kuantitatif, maklum balas yang daripada pakar-pakar sebelum kita melahirkan program. Tetapi program ini yang uniknya, ia dilahirkan atas maklum balas daripada ibu bapa.
"Kebanyakannya berkata kalau mereka mendapat risalah, dengan konsep 'take and go' ia lebih memberi manfaat. Jadi ibu bapa mendapat panduan dengan secepat mungkin. Ini membina ataupun meningkatkan akses kepada sokongan atau dorongan daripada pakar-pakar daripada kementerian yang lain untuk membantu ibu bapa masyarakat Melayu/Islam," kata Encik Feroz.
Program RSL juga akan bersifat inklusif, merangkumi keperluan pelbagai lapisan keluarga termasuk ibu bapa tunggal serta ibu bapa yang mempunyai anak dengan masalah pembelajaran.
Berdasarkan dapatan kajian pasaran, MENDAKI mendapati terdapat banyak agensi di Singapura yang menawarkan sokongan khusus kepada golongan berkeperluan khas, namun sebahagian ibu bapa dalam masyarakat Melayu Islam berdepan kekangan akses atau kurang maklumat tentang saluran yang tersedia.
Untuk memastikan setiap inisiatif MENDAKI memberi manfaat sebenar kepada masyarakat, Encik Feroz menjelaskan bagaimana mereka menilai keberkesanan program.
"Dalam mengukur impak program-program kami. Kami akan melakukan daripada dua segi. Pertama adalah dari segi data atau data kualitatif dan kedua adalah maklum balas peserta-peserta yang menjalani program-program kami," kata Encik Feroz.
Dalam pada itu, Encik Feroz menekankan bahawa misi MENDAKI adalah untuk terus memperkukuhkan akses kepada pendidikan bagi masyarakat Melayu/Islam di Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.