Skip to main content

Singapura

100,000 pengunjung turun padang ke WGS, Bazar Hari Raya Wisma Geylang Serai pada 18 Mei

Bazar Hari Raya Wisma Geylang Serai dikunjungi 100,000 pengunjung pada hari Sabtu (18 Mei) menurut WGS, iaitu bilangan pengunjung paling ramai diterimanya bagi satu-satu hari.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Bazar Hari Raya Wisma Geylang Serai dikunjungi 100,000 pengunjung pada hari Sabtu (18 Mei) menurut WGS, iaitu bilangan pengunjung paling ramai diterimanya bagi satu-satu hari.

Siaran BERITA juga dipancarkan langsung dari Wisma Geylang Serai pada hari berkenaan, dalam usaha membawakan BERITA, lebih dekat kepada para penonton.

Related article image
Related article image

Siaran tersebut ditonton 5,000 orang keseluruhannya di bangunan WGS, yang menyaksikan BERITA melakukan lintas langsung dari tiga lokasi berbeza termasuk dari Hab Tampines Kita (OTH).

Selebriti seperti Adi Putra, dan penyanyi Jamal Abdillah turut memberikan sentuhan bintang-bintang hiburan kepada siaran BERITA itu.

Related article image

Penyanyi Malaysia, Siti Nordiana atau Nana, malah singgah ke bilik pameran BERITAmediacorp untuk mencuba permainan kami dan beramah mesra dengan para peminat.

Semua ini menyumbang kepada jumlah 100,000 orang mengunjungi WGS dan dua bazar Hari Raya kendaliannya.

ORANG RAMAI CUBA JADI PENYAMPAI BERITA

Selain membawa penonton menyaksikan sendiri penerbitan, para penyampai dan para wartawan kami, dengan lebih dekat, kru BERITA juga sibuk di luar pentas mendekati orang ramai.

Misalnya, orang ramai yang mahu merasakan peluang menjadi pembaca berita, dapat berbuat demikian di astaka kami ini.

Related article image

"Pada saya, ini adalah pengalaman pertama. Jadi, agak begitu ghairah lah kerana maklumlah kita biasa baca suratkhabar, baca buku tak pernah baca berita di televisyen dan sebagainya." kata Encik Muhamad Bin Rakimin, seorang pesara dan penonton setia BERITA.

Salah seorang penonton muda kami, Encik Hakim, juga menceritakan pengalaman pertamanya membaca berita yang cukup menggentarkan.

"Bagi saya seronok tapi begitulah macam kita rasa untuk orang yang pertama kali berbuat begini, mereka akan berasa gementar kerana tak biasa depan kamera.

"Macam apa yang kita selalu lihat di BERITA, Jadi kita buat apa yang kita perlu buat lah. Kita ikut saja cara dia orang buat." kongsi Encik Hakim.
Bersempena dengan Lebaran mendatang juga para wartawan kami juga sibuk menyajikan pelbagai aktiviti menarik berkaitan lebaran seperti cabaran menganyam ketupat, kuiz memadankan nama kuih-muih Raya serta meneka lagu Hari Raya.

Related article image

"Kalau untuk sekarang ni, sekali tak best ah. Kalau selalu 'best' lah, " seloroh Encik Muhamad lagi.

Ternyata, ramai yang berpuas hati dan mahukan acara sebegini, diadakan lagi. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita