Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

10 zon kegiatan di Karnival NDP Wisma Geylang Serai

Orang ramai boleh menjangkakan pelbagai kegiatan menarik di karnival Hari Kebangsaan yang akan diadakan di Wisma Geylang Serai (WGS) pada Ahad (7 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Orang ramai boleh menjangkakan pelbagai kegiatan menarik di karnival Hari Kebangsaan yang akan diadakan di Wisma Geylang Serai (WGS) pada Ahad (7 Ogos).

Karnival itu merupakan salah satu daripada lima karnival sempena Hari Kebangsaan yang akan diadakan di beberapa kawasan kejiranan pada hujung minggu ini.

Terdapat 10 zon aktiviti di karnival itu yang padat dengan pelbagai kegiatan untuk setiap peringkat usia.

"Kita ada 10 zon yang mana seisi keluarga boleh sama-sama datang ke karnival ini, di zon pertama terdapat pemainan karnival yang ada banyak permainan untuk anak-anak.

"Kita juga ada zon pentas di mana artis-artis iaitu Rahimah Rahim dan Fakkah Fuzz akan membuat persembahan. Kita juga ada zon makanan yang terletak di sebelah WGS," kata Datuk Bandar Daerah Tenggara, Mohd Fahmi Aliman.

Bagi mereka yang berminat dengan sukan lasak, mereka boleh mencuba permainan sukan seperti 'bubble football' dan 'archery tag' di ruang serbaguna Anjung@WGS.

"Saya harap ramai yang akan datang turun ke padang bersama kita semua untuk berhibur dan melakukan aktiviti-aktiviti dengan keluarga dan juga setelah dua tahun tidak bersama, ini adalah satu acara karnival yang besar di kawasan tenggara ini.

"InsyaAllah dalam 20,000 orang dijangkakan datang. Dua tahun tidak diadakan jadi semua mungkin akan datang sekaligus," kata Encik Fahmi.

Tiket bagi karnival itu boleh didapatkan secara online atau daripada kelab-kelab masyarakat.

Langkah vaksinasi yang dibezakan akan dilaksanakan di acara itu.

Para pengunjung harus pastikan mereka sudah lengkap divaksin ataupun patuh syarat-syarat yang membenarkan mereka untuk tidak mendapatkan vaksin.

Karnival 'Celebrating Togetherness at South East' itu akan diadakan dari pukul 4.00 petang hingga 9.00 malam pada Ahad ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan