10 taman S'pura pikat jumlah tinggi pengunjung hari ini
Ramai orang mengunjungi taman-taman negara pagi tadi (25 Dis) sempena cuti Hari Krismas.
SINGAPURA: Ramai orang mengunjungi taman-taman negara pagi tadi (25 Dis) sempena cuti Hari Krismas.
Di salah sebuah taman, jumlah pengunjungnya yang begitu ramai menyebabkan ia tidak dapat menerima lagi para pengunjung baru. Kebanyakan pengunjung mematuhi peraturan jarak selamat COVID-19.
Portal masa nyata NParks menunjukkan jumlah pengunjung yang ramai di Hutan Simpanan Bukit Timah. Walau bagaimanapun, para pengunjung ke sana yang ditemui berkata keadaannya tidak begitu sesak.
Para pegawai NParks yang melakukan rondaan pula menasihati orang ramai agar tidak berkumpul lebih lima orang.
Di Taman Bishan-Ang Mo Kio, terdapat beberapa orang bermain sukan kriket dalam kumpulan yang kecil.
Awal bulan ini, sekumpulan melebihi 20 orang didapati melanggar peraturan jarak selamat kerana bermain bola sepak. NParks menyatakan pihaknya akan meneruskan dengan operasi penguatkuasaan hujung tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.