Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

10 syarikat logistik ikrar jadikan tempat kerja lebih baik

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat-syarikat logistik dan rangkaian bekalan sedang bekerjasama untuk menjadikan tempat kerja mereka lebih baik lagi bagi kakitangan wanita, menerusi usaha mereka semula pekerjaan.

Ia merupakan sebahagian dari perjanjian yang dimeterai pergerakan buruh bagi membantu perusahaan yang lazimnya dikuasai kaum lelaki itu, menarik lebih ramai pekerja wanita.

Tugasan memilih bekalan di gudang lazimnya pekerjaan dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Para pekerja memilih barangan tertentu untuk memenuhi borang tempahan.

Tetapi syarikat Bok Seng Logistics mahu mereka semula pekerjaan itu untuk menarik kaum wanita yang mungkin cenderung kepada pekerjaan dengan masa fleksibel.

Menurut Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), perjanjian yang dimeterai melibatkan 10 syarikat yang komited untuk menyemak semula dasar-dasar bagi menangani isu-isu seperti gangguan di tempat kerja dan tugasan secara fleksibel.

Ia juga akan menyediakan latihan bagi para pekerja wanita.

NTUC juga akan bekerja rapat dengan para pekerja wanita untuk menangani keperluan mereka di tempat kerja.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan