10 saranan NTUC bagi kukuhkan kuasa pekerja rancang kerjaya, tingkatkan kemahiran
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Gerakan buruh kemukakan 10 saranan untuk memberikan para pekerja lebih banyak kuasa dalam merancang kerjaya serta meningkatkan kemahiran mereka.
Di antara saranan tersebut adalah membenarkan para pekerja bekerja sambilan, dan menurunkan umur kelayakan untuk menggunakan kredit SkillsFuture.
Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) menyatakan ia akan bekerjasama dengan rakan kerja tiga pihak untuk menguatkuasakan saranan-saranan tersebut.
"NTUC ingin menggunakan saranan-saranan tersebut untuk menyokong aspirasi, kehidupan dan mata pencarian kami. Meskipun demikian, perkara paling penting adalah kami perlu bersatu," kata Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng.
"Kerana dari semua saranan oleh pekerja ini, kami harus membuatnya sebagai usaha bersama dalam mengambil tindakan kolektif serta membuatnya sebagai satu tabiat untuk bersama," tambahnya.
Ketika berucap di panel perbincangan dianjurkan NTUC, Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong berkata bahawa pemerintah akan mengkaji saranan-saranan tersebut dengan teliti.
Encik Wong menambah bahawa saranan-saranan tersebut berlaku pada waktu yang penting buat Singapura, dan ia adalah penting untuk melakar negara ini ke hadapan.
"Cabaran pasti berlaku, cabaran dari persekitaran luar, cabaran dalam Singapura. Titik permulaan adalah untuk melihat sama ada kita boleh terus mengukuhkan ekonomi kita. Kerana, jika terdapat pertumbuhan ekonomi yang baik, maka kita boleh mencapai sasaran kita bersama, iaitu untuk mencipta pekerjaan yang baik," kata Encik Wong.
Selain saranan-saranan tersebut, NTUC juga menyarankan Model Gaji Progresif (PWM) untuk melibatkan lebih ramai pekerja bergaji rendah.
Ia termasuk pengendali mesin dan sebilangan pekerjaan dalam sektor perkhidmatan sosial. NTUC berharap Model Gaji Progresif dapat diperluaskan kepada pekerjaan lain seperti tukang paip dan juru elektrik.
Saranan lain termasuk menawarkan lebih banyak sokongan untuk menyediakan pekerja bagi pekerjaan yang mungkin akan melalui 'peralihan mesra alam'.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.