Skip to main content

Singapura

10 ruang masyarakat dibina sepanjang Koridor Kereta Api

Para pengunjung ke Koridor Kereta Api boleh menikmati lebih banyak ruang masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
10 ruang masyarakat dibina sepanjang Koridor Kereta Api
Diterbitkan : 17 Jan 2025 10:12PM Dikemas Kini : 17 Jan 2025 10:15PM
  • Ini apabila lagi 10 ruang masyarakat dijangka siap dibina pada tahun-tahun mendatang.
  • Menteri Kedua Pembangunan Negara Indranee Rajah mengumumkan dua ruang sedemikian di Queensway dan Stagmont Ring.
  • "Visi kami bagi Koridor Kereta Api ini adalah untuk menjadikannya laluan hijau rentas pulau yang luar biasa dan sebuah ruang masyarakat yang inklusif," kata Cik Indranee.
  • Sepanjang laluan itu, 10 ruang masyarakat atau nadi antara lain akan membolehkan para pengunjung berehat atau menikmati seni dan daya tarikan bersejarah.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Para pengunjung ke Koridor Kereta Api boleh menikmati lebih banyak ruang masyarakat.

Ini apabila lagi 10 ruang masyarakat dijangka siap dibina pada tahun-tahun mendatang.

Menteri Kedua Pembangunan Negara Indranee Rajah mengumumkan dua ruang sedemikian di Queensway dan Stagmont Ring.

Menurut Cik Indranee, ruang-ruang itu akan mengukuhkan lagi keistimewaan dan sejarah kedua-dua estet kejiranan tersebut.

"Apabila tanah bekas laluan kereta api dipulangkan kepada Singapura pada 2011, ia memberikan kami peluang yang jarang sekali datang, untuk membentuk semula tanah sepanjang 24 kilometer dari Tanjong Pagar hingga ke Woodlands.

"Visi kami bagi Koridor Kereta Api ini adalah untuk menjadikannya laluan hijau rentas pulau yang luar biasa dan sebuah ruang masyarakat yang inklusif," kata Cik Indranee.

Koridor Kereta Api sepanjang 24 kilometer itu akan berfungsi sebagai sebuah laluan hijau, yang menghubungkan estet-estet kejiranan ke bahagian tengah Singapura.

Sepanjang laluan itu, 10 ruang masyarakat atau nadi antara lain akan membolehkan para pengunjung berehat atau menikmati seni dan daya tarikan bersejarah.

Nadi di Queensway adalah sebuah kawasan yang besar dan berbumbung di bawah jejambat Queensway.

Apabila siap pada 2027, sebuah ruang luas yang disediakan untuk para pengunjung menikmati pelbagai aktiviti di tengah-tengah kehijauan.

Berhampirannya, nadi Stagmont Ring pula dijangka siap pada 2035.

Sama seperti nadi di Queensway, ia akan mempunyai ruang yang serupa di bawah jejambat yang penuh dengan kehijauan, dek pemandangan dan taman masyarakat.
Sumber : CNA/NY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita