Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

10% remaja SG alami sekurang-kurangnya 1 isu kesihatan mental, dedah tinjauan NUS

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Apr 2023 07:39PM Dikemas Kini : 26 Apr 2023 08:50PM
SINGAPURA: Satu dalam 10 remaja Singapura didapati mengalami sekurang-kurangnya satu masalah kesihatan mental seperti kemurungan.

Demikian antara dapatan satu kajian yang dijalankan semasa pandemik COVID-19 untuk memahami kesihatan mental serta daya tahan remaja berusia 10 hingga 18 tahun.

Kajian itu juga mendapati 6 peratus responden bertambah baik daripada gangguan mental yang dialami setahun sebelumnya.

Setiap satu daripada tiga remaja dilaporkan mempunyai simptom emosi seperti rasa keseorangan dan keresahan.

Itulah antara dapatan kajian Universiti Nasional Singapura (NUS) yang dijalankan dari 2020 hingga 2022.

Satu daripada enam pula ada simptom tingkah laku seperti terlampau aktif atau agresif.

Lantaran itu, pemerintah digesa memberikan lebih banyak bantuan bersasar kepada mereka yang terjejas.

Satu lagi keprihatinan adalah bagaimana penggunaan berlebihan peranti digital dan media boleh menjejas kesejahteraan mental.

Buat masa ini, terdapat usaha sebuah pasukan bertindak pemerintah bagi membantu ibu bapa menyokong anak-anak mereka berhubung perkara tersebut.

"Pasukan bertindak itu menumpukan usaha dalam membangunkan Kit Ibu Bapa dengan strategi pengetahuan, kemahiran dan tindakan bagi ibu bapa menyokong kesihatan dan kesejahteraan mental anak-anak mereka.

"Ini termasuk kandungan keibubapaan dalam wadah digital seperti membantu ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka menggunakan media sosial dan teknologi secara positif," kata Sun Xueling Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga.

Cik Sun menambah pendekatan-pendekatan lain termasuk mengenal pasti remaja berisiko bagi pencegahan awal.
Sumber : CNA/RU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan