Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

10 pusat vaksinasi kanak-kanak akan ditutup pada 30 Apr

Anggaran Waktu Membaca:
10 pusat vaksinasi kanak-kanak akan ditutup pada 30 Apr

Seorang kanak-kanak perempuan menggenggam erat anak patungnya ketika mendapatkan suntikan vaksin pada 27 Dis 2021. (Gambar: Hanidah Amin/CNA)

SINGAPURA: Sepuluh pusat vaksinasi kanak-kanak merata Singapura akan menghentikan operasi masing-masing pada 30 April.

Ini kerana sebahagian besar kanak-kanak yang berusia antara lima hingga 11 tahun sudah melengkapkan siri vaksinasi asas mereka, menurut pihak berkuasa pada Selasa (5 April).

Dengan penutupan pusat-pusat itu, hanya dua pusat vaksinasi kanak-kanak akan dikekalkan - iaitu Kelab Masyarakat Hougang dan Kelab Masyarakat Senja-Cashew.

"MOH akan secara bertahap-tahap menggunakan Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) dan poliklinik-poliklinik untuk menawarkan suntikan vaksin kepada kanak-kanak yang belum mendapatkan siri vaksinasi asas," menurut Kementerian Kesihatan (MOH), Kementerian Pendidikan (MOE) dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) dalam satu kenyataan media bersama.

Sejak vaksinasi COVID-19 diperluaskan untuk merangkumi kanak-kanak yang berusia lima hingga 11 tahun, tahap "vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak" daripada kumpulan usia itu mencecah paras yang menggalakkan, menurut pihak berkuasa.

10 pusat vaksinasi kanak-kanak yang akan ditutup pada 30 April:

Arena@Hab Tampines Kita

Balai Rakyat Clementi

Bekas Sekolah Menengah Hong Kah

Kelab Masyarakat Jalan Besar

Kelab Masyarakat Marine Parade

Kelab Masyarakat Nee Soon East

Kelab Masyarakat Pasir Ris Elias

Kelab Masyarakat Serangoon

Kelab Masyarakat Toa Payoh West

Kelab Masyarakat Woodlands Galaxy

10 pusat vaksinasi yang ditutup akan menerima janji temu yang dibuat melalui sistem tempahan nasional bagi janji temu suntikan dos pertama sehingga 9 April dan janji temu suntikan dos kedua pula sehingga 30 April.

Ibu bapa atau penjaga yang ingin membawa anak mereka untuk suntikan dos pertama tanpa janji temu di mana-mana pusat yang akan ditutup itu juga harus berbuat demikian sebelum 9 April, menurut pihak berkuasa.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan