10 Pusat Penuaan Aktif lebih inovatif akan bantu tingkat mutu hidup warga emas SG
Anggaran Waktu Membaca:
- Singapura akan membangunkan 10 Pusat Penuaan Aktif (AAC) inovatif menjelang April tahun depan untuk warga emas.
- Pusat ini menawarkan aktiviti baharu seperti mandi berbunyi dan terapi somatik, serta memperkenalkan teknologi kesihatan pintar yang boleh digunakan di rumah.
- Pusat-pusat tersebut juga akan memberi khidmat kepada individu berusia lewat 40-an dan dijangka memanfaatkan sekitar 3,000 warga emas di kawasan kejiranan.
- Eric Chua menyatakan inisiatif ini bertujuan membantu warga emas kekal aktif, sihat, serta memperkukuh keluarga dan masyarakat.
SINGAPURA: Pusat Penuaan Aktif (AAC) yang lebih inovatif akan memberi warga emas pengalaman baharu dan tidak konvensional bagi meningkatkan mutu hidup mereka.
Sebanyak 10 pusat sedemikian akan dibangunkan menjelang April tahun depan.
Pusat-pusat tersebut akan memperkenalkan aktiviti-aktiviti terbaharu kepada warga emas, serta teknologi kesihatan yang boleh digunakan di rumah.
Pusat-pusat ini juga bakal menjadi yang pertama memberi khidmat kepada mereka yang berusia lewat 40-an tahun.
Ia akan memberi khidmat kepada kira-kira 3,000 warga emas di keliling kawasan kejiranannya, menawarkan aktiviti gaya hidup seperti sesi mandi berbunyi, atau bahkan terapi somatik.
Secara komersial, sesi sedemikian boleh menelan kos melebihi S$100, dengan ada yang ditawarkan pada harga serendah S$20.
Pusat seumpama itu juga mempamerkan teknologi bijak, seperti alat penderia yang menjejak tanda-tanda utama dan boleh meramal keadaan kesihatan.
Maklumat tersebut dimasukkan ke dalam sistem digital yang membolehkan penjaga mengesan risiko lebih awal.
Diharapkan, pusat sebegitu boleh membantu warga emas berkembang maju semasa mereka menua.
"Warga emas yang aktif adalah warga emas yang sihat. Apabila kekal aktif dan berhubung, mereka bukan sahaja menikmati kesihatan dan kesejahteraan lebih baik, mereka juga mengukuhkan keluarga, memperkayakan masyarakat dan menjadi inspirasi kepada generasi muda," kata Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Keluarga dan Sosial, Eric Chua.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.