Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

10 pusat baru tawar sokongan perkahwinan dan perceraian

Sebanyak 10 pusat baru akan memberi sokongan kepada pasangan dan keluarga yang menghadapi tanda-tanda awal tekanan, menurut Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga Sun Xueling pada Jumaat (5 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
10 pusat baru tawar sokongan perkahwinan dan perceraian

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Mar 2021 11:30PM Dikemas Kini : 05 Mar 2021 11:39PM

SINGAPURA: Sebanyak 10 pusat baru akan memberi sokongan kepada pasangan dan keluarga yang menghadapi tanda-tanda awal tekanan, menurut Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga Sun Xueling pada Jumaat (5 Mac).

Berucap semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Cik Sun berkata MSF akan menubuhkan Program Pengukuhan Keluarga @ Pusat Khidmat Keluarga (SFP@FSC) di merata Singapura dalam tempoh tiga tahun akan datang, menyusuli program perintis pada 2019.

SFP@FSC akan menyatukan program-program dan khidmat sokongan bagi perkahwinan dan perceraian, katanya. Pusat-pusat itu juga akan menawarkan khidmat kaunseling keluarga untuk "memperbaiki keretakan hubungan lebih awal".

Setiap SFP@FSC akan dikhaskan untuk salah satu daripada 10 kawasan di Singapura.

"Dengan menggabungkan perkhidmatan keluarga berisiko awal di bawah SFP@FSC membolehkan pengawasan khidmat keluarga yang lebih baik dan penyepaduan sokongan yang lebih berkesan bagi keluarga dengan pelbagai keperluan," kata Cik Sun.

Mereka akan bekerjasama dengan penyedia khidmat lain seperti rakan Pejabat Perkhidmatan Sosial dan Pusat Perkhidmatan Keluarga masing-masing, dan akan melibatkan karyawan terlatih dalam kaunseling keluarga, kaunseling kewangan dan psikologi.

Pada suku terakhir 2021, MSF akan meningkatkan lagi keupayaan SFP@FSC dengan melantik tiga agensi perkhidmatan sosial tambahan sebagai SFP@FSC. MSF akan melantik penyedia perkhidmatan bagi baki lima lagi dalam dua tahun akan datang, katanya.

PERLUAS COMLINK

Sepanjang dua tahun akan datang, MSF akan memperluaskan Community Link (ComLink) ke 21 bandar, untuk merangkumi semua 14,000 keluarga dengan anak yang tinggal di rumah sewa, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial Desmond Lee pada Jumaat.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pertama kali mengumumkan peluasan itu semasa membentangkan Belanjawan tahun ini.

ComLink dilancarkan pada April 2019 di empat tapak, yang menyokong sekitar 1,000 keluarga dengan anak yang tinggal di rumah sewa. ComLink mengumpulkan pelbagai agensi rakan kongsi untuk menyesuaikan khidmat dan program yang sesuai untuk keperluan setiap keluarga.

"Matlamat kami adalah untuk membangunkan keupayaan keluarga dengan anak yang tinggal di rumah sewa, secara sistematik dan menyokong mereka ke arah menjadi lebih stabil, berdikari dan mobiliti sosial," kata Encik Lee.

MSF akan memperkenalkan dulu ComLink ke 11 bandar pada 2021. Ini termasuk memperluaskan empat tapak ComLink sedia ada dari peringkat kelompok sewa ke peringkat bandar. ComLink akan dilancarkan di baki 10 bandar pada separuh pertama 2022.

PROGRAM MENTOR BAGI BELIA BERISIKO

MSF juga akan melancarkan program mentor bagi 100 belia berisiko dalam suku keempat tahun ini.

Program perintis itu akan dijalankan selama dua tahun dan melibatkan pelajar yang tercicir dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE).

Setiausaha Parlimen MSF Eric Chua berkata kementerian itu berharap program tersebut akan "mengembangkan rangkaian belia tersebut kepada hubungan yang positif" dan mengupaya mereka untuk "mencapai aspirasi masing-masing". 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan