Skip to main content

Singapura

10% pelajar tuisyen tidak hadir kelas kerana COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
10% pelajar tuisyen tidak hadir kelas kerana COVID-19
Diterbitkan : 23 Apr 2023 06:24PM
SINGAPURA; Pusat-pusat tuisyen menyatakan lebih ramai pelajar tidak menghadiri kelas bimbingan mereka, di tengah-tengah gelombang baru COVID-19 yang melanda Singapura sekarang.

Setiap hari kira-kira 10 peratus pelajar tidak hadir.

"Dalam kelas dengan 15 pelajar, ini bermakna sekitar dua pelajar yang jatuh sakit. Terutamanya bagi pelajar yang menghadapi peperiksaan besar tahun ini, mereka tidak mahu persediaan mereka terhenti dalam tempoh ini, kata Pengurus Kanan pusat tuisyen EduFirst Learning Centre, Lena Chee.

Justeru, pusat-pusat tuisyen menyediakan kelas tambahan bagi pelajar yang dijangkiti COVID-19, apabila mereka sembuh kelak.

Selain itu pusat-pusat tuisyen juga menyediakan bimbingan menerusi kaedah Zoom.

Pusat-pusat tuisyen juga bercadang memperkenalkan semula pengambilan suhu badan selain mewajibkan pelajar memakai pelitup, jika gelombang baru jangkitan sekarang, berpanjangan.

Kementerian Pendidikan (MOE) telah pun menyatakan langkah-langkah tertentu seperti memakai pelitup mungkin dikuatkuasakan semula di sekolah, sekiranya lebih ramai pelajar dijangkiti COVID-19.

MOE juga akan terus memantau keadaan.
Sumber : CNA/SU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita