Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

10 pelajar Madrasah Al-Arabiah diraikan atas pencapaian cemerlang akademik, luar darjah

Seramai 10 pelajar Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) diraikan atas pencapaian cemerlang mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik.

Anggaran Waktu Membaca:
10 pelajar Madrasah Al-Arabiah diraikan atas pencapaian cemerlang akademik, luar darjah

10 pelajar Madrasah Al-Arabiah yang diraikan atas pencapaian cemerlang mereka.

BERITAMediacorp: Seramai 10 pelajar Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) diraikan atas pencapaian cemerlang mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik.

Madrasah Al-Arabiah mengadakan Majlis Tahunan Penyampaian Hadiah atau Haflah itu semalam (3 Feb), dengan Anggota Parlimen GRC Jurong, Rahayu Mahzam, sebagai tetamu terhormat.

Berucap di majlis itu, Cik Rahayu memuji Madrasah Al-Arabiah kerana menggalak para pelajarnya untuk mencapai kecemerlangan akademik menjangkaui bilik darjah.

Beliau menambah Madrasah Al-Arabiah kian menjadi sebuah institusi pilihan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ini terbukti dengan bertambahnya jumlah para pelajar yang bermohon untuk meneruskan pendidikan peringkat menengah dalam sekitaran berasaskan agama (faith-inspired environment).

Beliau turut menekankan pentingnya madrasah dan pihak-pihak berkepentingan bersatu untuk membentuk masyarakat yang kukuh dan bertenaga.

"Hubungan positif yang mesti wujud antara pihak-pihak berkepentingan utama akan mewujudkan sinergi yang diinginkan untuk memacu MAI ke arah matlamat yang disasarkan," kata Cik Rahayu.

Haflah tersebut dianjurkan untuk meraikan kejayaan para pelajar baik dalam bidang akademik dan bukan akademik.

Tahun ini, 10 pelajar diberikan Anugerah Kecemerlangan Akademik, manakala lagi dua pelajar diberi Anugerah Lembaga Gabenor bagi Kecemerlangan Akademik.

Madrasah Al-Arabiah turut mengiktiraf pencapaian dalam bidang bukan akademik seperti pertandingan antarabangsa dan sukan yang disertai para pelajarnya.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan