Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

10 orang berkeperluan khas cuba tawan Gunung Fuji

Sebuah kumpulan 10 orang berkeperluan khas akan cuba mendaki Gunung Fuji di Jepun minggu depan.

Anggaran Waktu Membaca:
10 orang berkeperluan khas cuba tawan Gunung Fuji
Diterbitkan : 22 Aug 2019 07:27PM Dikemas Kini : 23 Aug 2019 12:00AM

SINGAPURA: Sebuah kumpulan 10 orang berkeperluan khas akan cuba mendaki Gunung Fuji di Jepun minggu depan.

Percubaan mereka itu, yang mendapat sokongan MediaCorp Enable Fund, akan diketuai YMCA.

Ia diharap dapat meningkatkan keyakinan serta sifat berdikari golongan berkenaan di samping mengumpul dana bagi program kembara persatuan itu.

Setinggi hampir 4,000 meter, Gunung Fuji merupakan destinasi popular para pelancong dan pendaki dari merata dunia.

Pasukan tersebut sudahpun berlatih selama tiga bulan untuk mempersiapkan diri bagi mendaki gunung tertinggi di Jepun itu.

Sejak bulan lalu lagi, mereka melakukan pendakian dan menyertai maraton naik tangga bangunan setinggi 57 tingkat.

Seorang pesertanya, Cik Oh Siew May - berusia 48 tahun - dilahirkan dengan keadaan palsi serebrum yang menjejas kawalan otot serta pergerakan tubuhnya.

Namun, beliau tidak mahu membiarkan keadaannya itu menjejas impiannya.

Beliau gigih berlatih dengan menaiki bangunan setinggi 25 tingkat sebanyak empat kali seminggu.

Pasukan tersebut akan memulakan pendakian mereka pada 29 hari bulan ini. 

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan