Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

10 masjid mula buka 3 zon solat Jumaat; semua jemaah guna Tracetogether

Semua jemaah yang menunaikan solat Jumaat di 10 masjid di bawah satu program rintis Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) diharuskan menggunakan token TraceTogether atau aplikasi jejak kontak itu.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Semua jemaah yang menunaikan solat Jumaat di 10 masjid di bawah satu program rintis Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) diharuskan menggunakan token TraceTogether atau aplikasi jejak kontak itu.

Mulai hari ini (13 Nov), 10 masjid akan menawarkan tiga zon solat Jumaat sekaligus menambah jumlah jemaah sebanyak 150 lagi bagi setiap masjid.

Demikian menurut MUIS dalam satu kenyataan pada Khamis (12 Nov).

Jumlah itu tambahan 3,000 ruang solat keseluruhannya sepanjang tempoh rintis selama dua minggu.

Sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, jemaah yang yang datang ke masjid tersebut harus menggunakan token atau aplikasi TraceTogether.

Ini bagi melancarkan proses keluar masuk ke masjid serta memudahkan pengesanan kontak.

Program rintis itu melibatkan masjid-masjid Al-Islah, Al-Istighfar, Darul Ghufran, An-Nur, Assyafaah, Yusof Ishak, Angullia, Sultan, Al-Khair dan Maarof.

Sebanyak tiga zon solat dibuka, tambahan daripada dua sekarang, kepada jemaah bagi setiap sesi.

Setiap zon boleh menampung sehingga 50 jemaah; dengan tiga sesi solat Jumaat diadakan.

Ini bermakna tambahan 1,500 ruang solat Jumaat di masjid-masjid tersebut setiap minggu.

Masjid-masjid ini dipilih kerana berjaya menerima dan menguruskan jumlah jemaah yang lebih tinggi dengan cekap dan selamat.

MUIS dalam satu kenyataan sebelum ini berkata masjid-masjid tersebut akan menambah jumlah zon secara bertahap-tahap hingga had 250 jemaah setiap sesi jelang akhir tahun ini.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan