Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

10 mangsa dibawa ke CGH susuli kemalangan berantai di PIE

Seramai 10 individu dibawa ke Hospital Besar Changi (CGH) menyusuli satu kemalangan yang membabitkan beberapa kenderaan di PIE pada Isnin (27 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
10 mangsa dibawa ke CGH susuli kemalangan berantai di PIE

Petikan skrin video oleh Watson Wong

Diterbitkan : 27 Sep 2021 02:08PM Dikemas Kini : 27 Sep 2021 02:10PM

SINGAPURA: Seramai 10 individu dibawa ke Hospital Besar Changi (CGH) menyusuli satu kemalangan yang membabitkan beberapa kenderaan di PIE pada Isnin (27 Sep).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa ia dimaklumkan tentang kemalangan di PIE yang menghala ke Changi sebelum susur keluar Jalan Eunos pada sekitar 8.00 pagi tadi.

Para pegawai SCDF turut memeriksa tiga individu lain yang mengalami cedera ringan. Mereka bagaimanapun tidak mahu dibawa ke hospital, tambah SCDF.

Satu rakaman video yang dihantar oleh seorang pembaca Mediacorp menunjukkan enam kenderaan, termasuk sebuah kenderaan berat dan beberapa lori di tempat kejadian.

Lori-lori itu dilihat di lorong pertama dan ketiga jalan raya tersebut. Hanya satu lorong terbuka kepada pergerakan lalu lintas.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan