Skip to main content

Singapura

10 lelaki ditangkap berkaitan urus niaga haram minyak gas marin di Limbungan Sembawang

Anggaran Waktu Membaca:
10 lelaki ditangkap berkaitan urus niaga haram minyak gas marin di Limbungan Sembawang

Gambar: SPF

Diterbitkan : 25 Mar 2022 02:12PM Dikemas Kini : 25 Mar 2022 02:13PM

SINGAPURA: Sepuluh lelaki diberkas kerana disyaki terlibat dalam urus niaga haram minyak gas marin, menurut polis pada Jumaat (25 Mac).

Lelaki berusia antara 32 dengan 49 tahun diberkas oleh
Polis Pengawal Pantai (PCG) pada 23 Mac dalam operasi bersama dengan Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) kerana melakukan urus niaga haram melibatkan tiga tan metrik minyak gas marin di Limbungan Sembawang.

Tiga daripada mereka merupakan anak kapal bot tunda yang berdaftar di Singapura, baki tujuh lagi dari bot tunda berdaftar di negara asing.

Bot tunda berdaftar asing dan wang tunai berjumlah S$31,000 turut dirampas dalam operasi tersebut.

Tiga anak kapal di bot tunda yang berdaftar di Singapura akan didakwa di mahkamah pada Jumaat (25 Mac) kerana pecah amanah sebagai pekerja. Tujuh anak kapal di bot berdaftar asing akan didakwa kerana menerima barangan yang dicuri.

Jika didapati bersalah atas kesalahan pecah amanah sebagai pekerja, mereka boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan didenda. Mereka yang didapati bersalah menerima barangan dicuri boleh dipenjara sehingga lima tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

"PCG dan MPA memandang serius urus niaga haram melibatkan minyak marin di perairan Singapura," menurut polis.

"PCG akan terus menjalankan penguatkuasaan dan pemeriksaan keselamatan untuk mencegah, menghalang dan mengesan aktiviti haram di perairan Singapura."

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita