Skip to main content

Singapura

10 lelaki ditahan, disyaki terlibat dalam urus niaga haram minyak gas marin

10 lelaki, berusia antara 27 hingga 51 tahun, diberkas kerana disyaki terlibat dalam penjualan haram minyak gas marin.

Anggaran Waktu Membaca:
10 lelaki ditahan, disyaki terlibat dalam urus niaga haram minyak gas marin

(Gambar hiasan: Jeremy Long)

Diterbitkan : 07 Sep 2018 11:00PM Dikemas Kini : 07 Sep 2018 11:02PM

SINGAPURA: 10 lelaki, berusia antara 27 hingga 51 tahun, diberkas kerana disyaki terlibat dalam penjualan haram minyak gas marin.

Dalam satu operasi yang dijalankan bersama Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) pada Khamis (6 Sep), Polis Pegawal Pantai (PCG) memberkas dua lelaki kerana secara tidak jujur menerima minyak gas marin yang dicuri.

Kedua-dua lelaki itu merupakan anak kapal sebuah bot yang berdaftar di Singapura.

Pada keesokan hari, tiga lelaki dari dua kapal lain yang berdaftar di Singapura dan lima lelaki dari sebuah kapal tunda yang berdaftar di luar negara juga diberkas kerana terlibat dalam urus niaga haram minyak gas marin.

Kapal tunda berkenaan dan wang tunai S$300 dirampas untuk siasatan.

Kesemua 10 lelaki yang ditahan akan didakwa esok (8 Sep) atas tuduhan pecah amanah sebagai seorang kakitangan dan menerima secara tidak jujur harta benda yang dicuri.

Komander PCG merangkap Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis, Cheang Keng Keong, memuji para pegawainya kerana berjaya bertindak dengan pantas. Beliau menambah bahawa PCG akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap para pesalah seumpama itu.

PCG turut membuat dua lagi penangkapan berhubung urus niaga haram minyak gas marin pada minggu lalu.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita