10 lelaki diberkas merusuh di Geylang Road
Seramai 10 orang lelaki diberkas kerana dipercayai terlibat dalam rusuhan di Geylang Road, menurut polis pada Isnin (8 Apr).
Petikan video menunjukkan pergaduhan di Geylang Road
SINGAPURA: Seramai 10 orang lelaki diberkas kerana dipercayai terlibat dalam rusuhan di Geylang Road, menurut polis pada Isnin (8 Apr).
Berusia antara 18 hingga 34 tahun, para suspek dipercayai terlibat dalam pergaduhan pada sekitar 3.00 pagi Khamis lalu.
Menyusuli siasatan, pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan Divisyen Polis Bedok mengenalpasti identiti kumpulan lelaki tersebut dan memberkas mereka pada Jumaat dan Sabtu.
Satu rakaman video pergaduhan yang disebarkan di media sosial menunjukkan sekumpulan orang menolak-nolak dan menjerit antara satu sama lain di Geylang Road.
Jika disabit kesalahan merusuh, mereka boleh dipenjara hingga tujuh tahun dan dirotan, menurut polis.
"Pihak polis komited menjaga keselamatan Singapura dan akan melakukan sedaya upaya bagi memastikan para pesalah akan dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal," tambah kenyataan polis.
Siasatan polis sedang dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.