Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

10 lagi perniagaan F&B S'pura sertai Pakatan Asia Tenggara bagi Minyak Sawit Yang Mampan

Sebanyak 10 lagi perniagaan makanan dan minuman(F&B) Singapura menyertai Pakatan Asia Tenggara bagi Minyak Sawit Yang Mampan (SASPO) menjadikan jumlah anggota pakatan itu meningkat tiga kali ganda sejak pelancarannya dalam tahun 2016.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Feb 2018 09:21PM Dikemas Kini : 26 Feb 2018 10:53PM

SINGAPURA: Sebanyak 10 lagi perniagaan makanan dan minuman(F&B) Singapura menyertai Pakatan Asia Tenggara bagi Minyak Sawit Yang Mampan (SASPO) menjadikan jumlah anggota pakatan itu meningkat tiga kali ganda sejak pelancarannya dalam tahun 2016.

Syarikat-syarikat yang menyertai pakatan itu menyokong perubahan kepada penggunaan sumber minyak sawit asli dalam sajian dan hidangan, atau penghasilkan produk-produknya.

Syarikat syarikat itu termasuk syarikat induk PastaMania, dan Udders Ice Cream -
yang membentuk lebih 80 jenama dan 200 rangkaian runcit F&B di merata Singapura.

Kos menggunakan minyak sawit yang mampan akan minimum dan tidak akan dipindahkan kepada para pengguna.

SASPO menjadi sektor privet yang pertama yang menerajui inisiatif itu di rantau Asia Tenggara bagi memanfaatkan sumber minyak sawit yang mampan dalam usaha menangani isu jerebu, yang menyelubungi rantau ini, beberapa tahun lalu. 

Sumber : CNA/NU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan