10 firma diiktiraf sebagai syarikat teknologi terbaik S'pura
Persatuan Komputer Singapura mengiktiraf 10 syarikat sebagai firma teknologi terbaik di negara ini. Mereka menerima anugerah itu siang tadi (19 Jul) di Forum Teknologi persatuan tersebut.
SINGAPURA: Persatuan Komputer Singapura mengiktiraf 10 syarikat sebagai firma teknologi terbaik di negara ini. Mereka menerima anugerah itu siang tadi (19 Jul) di Forum Teknologi persatuan tersebut.
Acara itu turut dihadiri Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran.
Terdapat empat pemenang keseluruhan yang termasuk syarikat ThoughtWorks dan Web-Imp serta firma perunding cara kewangan, M-Daq dan syarikat AI ViSenze.
Syarikat-syarikat tersebut dinilai berdasarkan sejauh mana dasar-dasar sumber manusia masing-masing berkesan, keupayaan memberikan inspirasi serta cara menggalakkan semangat inovasi.
Menurut Encik Iswaran, adalah penting untuk memupuk budaya memberikan inspirasi dan semangat inovasi dalam pertubuhan-pertubuhan. Itu, kata beliau, adalah anak kunci kepada kecemerlangan di tempat kerja dan persaingan dalam perusahaan media infokom.
Kejayaan dan pengalaman para pemenang anugerah itu, tambah Encik Iswaran, akan memberikan motivasi kepada ramai lagi dalam perusahaan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.