10 estet privet akan jalani naik taraf bernilai S$29 juta
Kementerian Pembangunan Negara (MND) menyatakan pada Jumaat (25 Okt) bahawa pihaknya akan memperuntukkan S$29 juta untuk menjalankan kerja naik taraf di 10 lagi estet privet.

(Gambar: Google Maps)
SINGAPURA: Kementerian Pembangunan Negara (MND) menyatakan pada Jumaat (25 Okt) bahawa pihaknya akan memperuntukkan S$29 juta untuk menjalankan kerja naik taraf di 10 lagi estet privet.
Kerja naik taraf itu dijalankan di bawah kelompok ke-10 Program Naik Taraf Estet (EUP).
10 estet itu adalah: Cheng San Cactus Sunrise di Yio Chu Kang; Frankel di Siglap; Fulton, dekat Sin Ming Avenue; Kew, dekat Upper East Coast Road; Mei Hwan di Lorong Chuan; Namly di Bukit Timah; Estet Privet Pasir Panjang (Timur); Thomson Adelphi & Soo Chow, dan Pemimpin dekat Bishan; Watten di Bukit Timah; dan Westwood di Jurong West.
EUP menyasarkan untuk mempertingkat keadaan fizikal dan persekitaran kediaman di estet-estet privet lebih matang agar dapat memenuhi keperluan para penduduk dengan lebih baik lagi. Ini dilakukan dengan melaksanakan kerja-kerja naik taraf yang berbeza-beza, bergantung pada keadaan dan keperluan setiap estet.
Kerja-kerja naik taraf yang dijalankan sebelum ini termasuk memasang lampu di laluan pejalan kaki untuk mempertingkatkan keselamatan, mempertingkatkan akses bebas penghadang, memperbaiki persekitaran dan taman di estet itu, serta lebih menonjolkan identiti estet tersebut.
Kerja-kerja EUP juga disepadukan dengan kerja-kerja peningkatan oleh agensi-agensi lain - misalnya, kerja menaik taraf dan menutup saliran oleh PUB.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.