Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

10 dibawa ke hospital susuli kemalangan lori di Upper Bukit Timah Road

Sepuluh lelaki dibawa ke hospital selepas kemalangan yang melibatkan sebuah lori di Upper Bukit Timah Road dilaporkan pada pagi Sabtu (24 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
10 dibawa ke hospital susuli kemalangan lori di Upper Bukit Timah Road

Pihak polis dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada Ahad (25 Apr) sekitar 7.20 pagi. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 25 Apr 2021 10:13AM Dikemas Kini : 25 Apr 2021 10:14AM

SINGAPURA: Sepuluh lelaki dibawa ke hospital selepas kemalangan yang melibatkan sebuah lori di Upper Bukit Timah Road dilaporkan pada pagi Sabtu (24 Apr).

Pemandu lori berusia 35 tahun serta sembilan penumpang yang berusia antara 26 dengan 50 tahun dibawa ke hospital dalam keadaan sedar, menurut polis, sambil menambah bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada sekitar 7.20 pagi.

Kesemua 10 orang dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong , menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Siasatan polis sedang dijalankan.

Nahas itu berlaku empat hari selepas sebuah lori yang membawa para pekerja hijrahan merempuh sebuah lori jongket yang tidak bergerak di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE), meragut nyawa dua orang dan mencederakan 15 yang lain.

Pemandu lori tersebut diberkas kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian.

Sumber : CNA/AY
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan