Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

10 agensi khidmat sosial dilantik sediakan program sokongan keibubapaan

Bagi meluaskan dan meningkatkan sokongan terhadap aspek keibubapaan, 10 agensi khidmat sosial di merata negara ini dilantik untuk mengelolakan program-program keibubapaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Nov 2019 07:13PM Dikemas Kini : 13 Nov 2019 09:34PM

SINGAPURA: Bagi meluaskan dan meningkatkan sokongan terhadap aspek keibubapaan, 10 agensi khidmat sosial di merata negara ini dilantik untuk mengelolakan program-program keibubapaan.

Dipanggil Penyedia Sokongan Keibubapaan, mereka bekerjasama rapat dengan sekolah-sekolah di sekitar kawasannya.

Agensi-agensi tersebut akan menawarkan dua program, yang buat masa ini ditawarkan di sekolah, dan akan menyediakan kaunseling tambahan jika perlu.

Sejak 2014, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) sudahpun bekerjasama dengan lebih 290 sekolah untuk menawarkan dua program kepada ibu bapa.

Satu program untuk kanak-kanak berusia sehingga 16 tahun dan satu lagi untuk membantu mereka memahami serta menangani kanak-kanak dengan masalah kelakuan.

MSF menyatakan sekitar 20,000 ibu bapa melihat perubahan positif dan menjalin hubungan yang lebih utuh dengan anak-anak mereka.

Menurut Menteri MSF Desmond Lee, pendekatan yang berpusat itu
dipercayai akan membolehkan lebih ramai orang meraih manfaat daripada program tersebut.

Ini kerana setiap agensi di kawasan tersebut boleh menumpukan usaha pendekatannya dan membina hubungan yang lebih kukuh lagi bertahan dengan sekolah-sekolah serta ibu bapa. 

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan