Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

10 agensi dibiayai NCSS berjaya tingkatkan jumlah sukarelawan biasa lebih seganda

Satu dana perintis bagi membantu agensi-agensi perkhidmatan sosial menggajikan seorang kakitangan bagi menguruskan para sukarelawan, kini dihentikan sejak September tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
10 agensi dibiayai NCSS berjaya tingkatkan jumlah sukarelawan biasa lebih seganda

Penasihat Sosial Kebangsaan Tan Chuan-Jin berkata dengan komitmen sukarelawan yang lebih tinggi, agensi-agensi khidmat sosial dan pengguna khidmat mendapat sokongan lebih baik.

Diterbitkan : 27 May 2019 09:57PM Dikemas Kini : 27 May 2019 10:10PM

SINGAPURA: Satu dana perintis bagi membantu agensi-agensi perkhidmatan sosial menggajikan seorang kakitangan bagi menguruskan para sukarelawan, kini dihentikan sejak September tahun lalu.

Dilancarkan tiga tahun lalu, Majlis Perkhidmatan Sosial Kebangsaan (NCSS) menyatakan Skim Pembiayaan Pengurusan Sukarela itu membawa kesedaran kepada agensi-agensi tentang perlunya menyediakan keupayaan sebegitu.

Data rasmi yang dikeluarkan hari ini (27 Mei) menunjukkan 10 agensi yang dibiayai NCSS meningkatkan jumlah sukarelawan biasa sebanyak lebih seganda.

Bagi agensi AWWA pula, jumlah sukarelawan yang didapatkannya adalah lebih 10 kali ganda, dengan lebih 67 peratus lebih banyak jumlah penerima.

NCSS TERUS SOKONG MELALUI INISIATIF LAIN

Walaupun skim itu dihentikan, NCSS menyatakan ia akan terus menyokong pengurusan sukarelawan dalam sektor itu.

Ini melalui inisiatif seperti kursus e-pembelajaran dan alat-alat teknologi seperti kaedah perbualan kecerdasan buatan (AI).

"Pengurusan sukarelawan yang lebih baik bermakna para sukarelawan akan lebih melibatkan diri dan komited.

Dengan komitmen sukarelawan yang lebih tinggi, agensi-agensi khidmat sosial dan pengguna khidmat mendapat sokongan lebih baik," kata Penasihat Sosial Kebangsaan Tan Chuan-Jin.

Selain memenuhi keperluan, para sukarelawan memupuk sifat empati yang lebih tinggi dan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk tampil ke hadapan, tambahnya. 

Sumber : CNA/HA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan