Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

10 aduan kerja ubah elok belum siap terhadap Reka Bina yang gulung tikar

Sebanyak 10 aduan dibuat dari 17 Mac hingga Rabu (23 Mei) terhadap syarikat reka bentuk dalaman Reka Bina selepas syarikat itu gulung tikar.

Anggaran Waktu Membaca:
10 aduan kerja ubah elok belum siap terhadap Reka Bina yang gulung tikar

Gambar: Google Street View

Diterbitkan : 24 May 2018 03:25PM Dikemas Kini : 24 May 2018 03:30PM

SINGAPURA: Sebanyak 10 aduan dibuat dari 17 Mac hingga Rabu (23 Mei) terhadap syarikat reka bentuk dalaman Reka Bina selepas syarikat itu gulung tikar.

Ini berhubung kerja-kerja ubah elok yang belum selesai, menurut Persatuan Pengguna Singapura (CASE) pada Khamis (24 Mei).

Sesetengah pengguna membuat aduan yang mendakwa bahawa kerja-kerja ubah elok masih belum siap, manakala ada pula yang mendakwa bahawa kerja ubah elok mereka tertangguh selama berbulan-bulan. Selepas gulung tikar, Reka Bina tidak lagi dapat dihubungi. Sebahagian besar aduan itu diterima bulan ini, menurut CASE.

Para pelanggan kemudian mendapat tahu bahawa kontraktor itu sudah 'gulung tikar disebabkan masalah kewangan', menurut CASE hari ini.

Para pelanggan juga merungut bahawa mereka sudah membuat bayaran penuh atau bayaran pendahuluan yang kesemuanya bernilai kira-kira $101,000.

Para pelanggan yang terjejas boleh menghubungi CASE untuk mendapatkan bantuan.

CASE menasihati para pelanggan supaya berunding terlebih dahulu mengenai bayaran progresif bagi kerja-kerja ubah elok dan jangan terus membuat bayaran penuh bagi melindungi diri mereka.

Sumber : CNA/KN/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan