1 syarikat, 2 individu dituduh bekalkan minuman Pokka, Nescafe ke Korea Utara melalui China
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Laman web Pokka/Nescafe)
SINGAPURA: Dua invidu dan sebuah syarikat yang mengendalikan perdagangan borong didakwa pada Khamis (9 Mei) kerana membekalkan barangan terlarang, termasuk minuman Pokka dan Nescafe ke Korea Utara.
Syarikat Eluva International itu berdepan 11 tuduhan membekalkan barangan terlarang ke Korea Utara.
Dua individu yang didakwa adalah Eugene Lee Chun Foong, pengarah Eluva International, dan Koh Poh Choo, seorang wanita yang dikaitkan dengan syarikat pengangkutan Skyline Shipping, yang didakwa membantu Eluva International membekalkan barangan terlarang itu.
Kedua-dua syarikat didaftarkan di Singapura.
Lee, 49 tahun, dan Koh, 57 tahun, adalah warga Singapura.
Sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melarang individu di Singapura untuk mengeksport atau menghantar barangan mewah yang sudah ditetapkan ke Korea Utara. Ia termasuk kaviar, kosmetik, minyak wangi dan barangan elektronik seperti televisyen dan telefon pintar.
Eluva International dikenakan sembilan tuduhan di bawah Peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Sekatan - Republik Rakyat Demokratik Korea) 2010, dan dua tuduhan di bawah Peraturan Import dan Eksport.
Lee dikenakan 11 tuduhan seperti syarikatnya. Dia dikatakan memberi izin untuk barangan dieksport.
Syarikat tersebut didakwa membekalkan barangan terlarang bernilai S$661,850 kepada seorang warga Korea Utara melalui Dalian, sebuah bandar di timur China, berdekatan dengan Pyongyang.
Barangan itu merangkumi minuman keras bernilai S$512,000, dihantar antara 2013 dan 2017, serta pelbagai minyak wangi berbeza jenama bernilai S$2,950 yang dihantar pada 17 Mac 2013.
Selain dakwaan tersebut, Eluva International membekalkan "barangan mewah" bernilai S$146,900, termasuk Pokka Melon Milk, Nescafe Coffee, Coffee Mate dan Pokka Strawberry Milk ke Korea Utara melalui Dalian, dari November 2017 hingga Januari 2018.
Beberapa tuduhan menyatakan Lee, Irene Choo, Loh Mun Sang dan syarikat Rejo Beverages sebagai pihak bersekongkol.
Rejo Beverages didenda S$160,000 dan pengarahnya, Loh, dihukum penjara enam minggu pada 2023 kerana membekalkan barangan terlarang ke Korea Utara, lapor Straits Times.
Koh berdepan enam tuduhan bagi kesalahan dilakukan antara 2017 dengan 2018. Dia didakwa membantu Skyline Shipping bersubahat dengan Eluva International untuk membekalkan barangan terlarang dan barangan mewah ke Korea Utara melalui Dalian.
Ini termasuk Pokka Strawberry Milk, Pokka Melon Milk, Nescafe Coffee dan Coffee Mate, bernilai kira-kira S$146,920 dan sejumlah jenama minuman keras bernilai kira-kira S$456,377.
Kesemua tiga-tiga kes akan dibicarakan di mahkamah sekali lagi pada 6 Jun.
Jika sabit kesalahan melanggar Akta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seorang individu boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, atau didenda sehingga S$500,000, atau kedua-duanya. Syarikat yang bersalah boleh didenda sehingga S$1 juta.
Bagi yang melanggar Peraturan Import dan Eksport buat pertama kali, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun, atau didenda sehingga S$100,000 atau tiga kali ganda nilai barangan yang dibekalkan, bergantung kepada mana satu yang lebih tinggi, atau kedua-duanya.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.