Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1 peguam pelatih tipu peperiksaan masih bekerja di firma guaman

Anggaran Waktu Membaca:
1 peguam pelatih tipu peperiksaan masih bekerja di firma guaman

Gambar fail Mahkamah Tinggi Singapura.

Diterbitkan : 28 Apr 2022 12:52PM Dikemas Kini : 28 Apr 2022 12:54PM

SINGAPURA: Sekurang-kurangnya seorang daripada enam peguam pelatih yang menipu dalam peperiksaan pada 2020 masih bekerja dengan sebuah firma guaman.

Identiti para peguam pelatih itu didedahkan pada Rabu (27 April) selepas hakim Mahkamah Tinggi mengubah keputusannya untuk tidak mendedahkan nama mereka.

Keenam-enam peguam pelatih itu adalah Kushal Atul Shah, Sreeraam Ravenderan, Matthew Chow Jun Feng, Monisha Devaraj, Lionel Wong Choong Yoong dan Lynn Kuek Yi Ting.

Semasa menerangkan keputusannya itu, Hakim Choo Han Teck berkata: "Pada mulanya, saya percaya bahawa dengan tidak mendedahkan nama mereka, para peguam pelatih itu boleh menjalani proses pemulihan tanpa mencetuskan sebarang peristiwa yang tidak diingini tetapi saya kini berpendapat adalah lebih baik berdepan dengan publisiti dari bersembunyi daripadanya.”

Salah seorang peguam pelatih, Encik Kushal Atul Shah, sudah bekerja sebagai eksekutif undang-undang di Harry Elias sejak tiga bulan lalu.

Rakan urusan firma guaman itu, Philip Fong memberitahu Mediacorp bahawa rakan-rakannya dari firma tersebut tidak menyokong mahupun bersetuju dengan tingkah laku Encik Shah bagi peperiksaan 2020 "disebabkan oleh kelemahan budi bicaranya".

"Masa depan Encik Shah dengan firma kami bergantung kepada sama ada dia diluluskan untuk menjadi seorang peguam, sikap terhadap tugasnya dan integriti serta profesionalismenya dalam menjalankan tugas."

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan