Skip to main content

Singapura

1 maut, seorang lagi dibawa ke SGH susuli kebakaran flat Choa Chu Kang

Anggaran Waktu Membaca:
1 maut, seorang lagi dibawa ke SGH susuli kebakaran flat Choa Chu Kang

Tangkapan skrin Blok 763, Choa Chu Kang North 5. (Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 19 Mar 2026 11:02AM Dikemas Kini : 19 Mar 2026 11:03AM
SINGAPURA: Seorang meninggal dunia dan seorang lagi dibawa ke hospital menyusuli kebakaran sebuah flat di Choa Chu Kang pada Khamis (19 Mac).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa ia dimaklumkan tentang kebakaran di Blok 763 Choa Chu Kang North 5 sekitar pukul 3.00 pagi.

Kebakaran berlaku di bilik tidur sebuah unit di tingkat 14, menurut SCDF pada Khamis (19 Mac).

Semasa menjalankan operasi bagi memadamkan kebakaran itu, seorang individu ditemui di dalam unit tersebut, menurut SCDF dalam satu catatan Facebook, sambil menambah bahawa mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik SCDF.

Seorang lagi dari unit yang terjejas yang meninggalkan flat tersebut sebelum SCDF tiba di tempat kejadian didapati terhidu asap dan dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH).

Dua orang lain dari blok yang terjejas turut didapati terhidu asap, tetapi enggan dibawa ke hospital.

Sekitar 70 orang dipindahkan ke tempat selamat oleh polis dan SCDF sebagai "langkah berjaga-jaga".

SCDF berhasil memadamkan kebakaran menggunakan dua jet air dan punca kebakaran sedang disiasat.

Mediacorp sudahpun menghubungi pihak polis untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita