Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1 maut dalam kebakaran flat Jurong East; 3 penghuni unit sebelah diselamatkan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang penghuni maut dalam kebakaran yang berlaku di sebuah flat di Jurong East pada pagi Selasa (16 Ogos).

Mayatnya ditemui di unit tingkat sembilan dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik, menurut catatan di laman Facebook Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

SCDF dimaklumkan mengenai kebakaran di Blok 236 Jurong East Street 21 pada sekitar 2.50 pagi.

Kebakaran sedang marak di dalam unit itu apabila pasukan bomba tiba di tempat kejadian, dedah SCDF.

Seorang penghuni di unit terbabit berjaya menyelamatkan diri sebelum pasukan bomba SCDF tiba di tempat kejadian.

Pasukan bomba memakai alat pernafasan untuk memasuki flat itu dan memadamkan kebakaran manakala satu lagi pasukan bomba memecah masuk unit sebelah untuk menyelamatkan tiga orang penghuni dalam unit tersebut.

Tangga platform turut digunakan di bahagian belakang blok berkenaan untuk memadamkan kebakaran dari luar.

Kebakaran itu berjaya dipadamkan menggunakan tiga jet air.

Punca kebakaran sedang disiasat.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan