1 maut dalam kebakaran flat di Canberra Crescent, kira-kira 30 penduduk dipindahkan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Ong Ye Kung/Facebook
SINGAPURA: Seorang ditemui mati di dalam bilik tidur sebuah flat yang terbakar di Blok 131C, Canberra Crescent pada Sabtu (24 Feb).
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kebakaran itu pada kira-kira 12.45 tengah hari.
"Kepulan asap hitam dilihat keluar dari flat di tingkat tiga," jelas SCDF.
"Pasukan dari Balai Bomba Yishun terpaksa memecahkan pintunya untuk masuk ke dalam flat itu yang diselubungi asap untuk memadamkan api."
SCDF menambah bahawa kebakaran tersebut melibatkan barangan di dalam bilik tidur, di mana mangsa ditemui dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Tiga orang daripada flat di sebelahnya pula terhidu asap. Selepas diperiksa pasukan paramedik, seorang daripada mereka dihantar ke Hospital Besar Singapura.
Kira-kira 30 penduduk dari tingkat dua hingga empat blok itu pula dipindahkan oleh polis dan SCDF.
Punca kebakaran itu masih disiasat.
Anggota Parlimen kawasan itu, Ong Ye Kung berkata pihak berkuasa akan membantu para penduduk yang terjejas.
"HDB, majlis bandaran dan pertubuhan masyarakat akan melawat unit-unit berhampiran dan sedia untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan," kata Encik Ong, yang juga Menteri Kesihatan, menerusi catatannya di Facebook.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.