Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1 maut, 37 lagi dibawa ke hospital susuli kemalangan bas berhampiran Joo Koon

Anggaran Waktu Membaca:
1 maut, 37 lagi dibawa ke hospital susuli kemalangan bas berhampiran Joo Koon

Gambar: Singapore Bus Drivers Community/Facebook

SINGAPURA: Seorang pemandu bas maut pada Jumaat pagi (1 April) selepas satu kemalangan melibatkan dua bas privet di Joo Koon manakala 37 lagi orang dibawa ke hospital.

Polis dimaklumkan tentang nahas di persimpangan First Lok Yang Road dan Lok Yang Way — jarak dekat dari Stesen MRT Joo Koon — pada pukul 6.30 pagi Jumaat.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mendedahkan bahawa pemandu bas itu tersepit di kerusi pemandu apabila pasukan SCDF tiba di tempat kejadian.

"SCDF membebaskan pemandu itu menggunakan peralatan penyelamat hidraulik. Pemandu bas itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik SCDF."

SCDF menambah bahawa 37 orang sudah dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong dan Hospital Universiti Nasional (NUH) susulan kemalangan itu.

Gambar yang dimuat naik ke laman Facebook kumpulan "Singapore Bus Drivers Community", menunjukkan dua bas privet terlibat dalam kemalangan tersebut.

Satu bas terbalik dan cermin depan bus itu pecah.

Satu lagi bas yang lain dilihat tergelincir dari jalan raya dan termasuk ke dalam longkang berhampiran.

Siasatan polis masih dijalankan.

Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan