Skip to main content

Singapura

1 maut, 2 cedera dalam nahas di Pusat Pemeriksaan Tuas

Satu kemalangan antara sebuah lori dan dua motosikal di Pusat Pemeriksaan Tuas meragut satu nyawa dan mencederakan dua lagi orang pagi tadi (6 Dis), menurut Pasukan Polis Singapura (SPF).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Dec 2016 07:56AM Dikemas Kini : 07 Dec 2016 04:35AM

SINGAPURA: Satu kemalangan antara sebuah lori dan dua motosikal di Pusat Pemeriksaan Tuas meragut satu nyawa dan mencederakan dua lagi orang pagi tadi (6 Dis), menurut Pasukan Polis Singapura (SPF).

Polis ia dimaklumkan tentang insiden itu pada 5.09 pagi. Seorang penunggang motosikal lelaki berusia 51 tahun disahkan mati di tempat kejadian oleh para paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Seorang lagi penunggang motosikal, lelaki berusia 32 tahun, dan pembonceng wanita yang juga berusia 32 tahun, dikejarkan ke Hospital Besar Ng Teng Fong. Kedua-dua mereka dalam keadaan sedar ketika itu, menurut SPF.

Pemandu lori lelaki berusia 45 tahun itu sudah ditangkap kerana menyebabkan kematian akibat kelakuan cuai dan siasatan sedang dijalankan, menurut polis. 

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada 9.39 pagi menyatakan nahas itu melibatkan tiga penunggang motosikal Malaysia.

ICA sebelum ini menyatakan oleh kerana nahas itu berlaku semasa waktu sibuk sebelah pagi, kesesakan semakin memanjang dan para pemandu dijangka mengalami kelengahan.

Pada sekitar 7.25 pagi, ICA mengemas kini maklumat mengenai kemalangan itu dengan mendedahkan bahawa nahas tersebut menjejas lorong bas dan lori di jambatan yang menghala masuk ke Singapura. 

Rakaman kamera trafik pada pukul 7.10 pagi menunjukkan kesesakan lalu lintas yang panjang, dengan sekurang-kurangnya tiga kenderaan polis dan sebuah khemah polis berwarna biru dipasang di tempat kejadian.

Sumber : CNA/aw/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita